Artikel Terkini

Aplikasi ADWORK bakal jadi hab pemasaran perniagaan



KUALA LUMPUR: Pemasaran perniagaan khusus buat golongan industri kecil dan sederhana (IKS) bakal berkembang dengan mudah dan efisyen menerusi aplikasi atas talian ADWORK.

Ketua Pegawai Eksekutif ADWORK, Kumaresh Visvanathan berkata, aplikasinya yang mendapat kerjasama pelbagai agensi media itu bakal menjadi hab buat seluruh usahawan IKS untuk tujuan pemasaran.

“Adwork merupakan aplikasi pemasaran mudah untuk pengiklan memilih sendiri syarikat pengiklanan mereka dengan hanya beberapa langkah mudah dengan memasuki laman web kami dan pilih ruang iklan dan ia akan tersedia.

“Kami mendapat kerjasama dengan beberapa agensi media antaranya Astro, Media Prima, syarikat akhbar tempatan, termasuk ruangan papan iklan dan kami akan mendapatka harga istimewa untuk pengiklan membuat pilihan pemasaran mereka”, katanya kepada Astro AWANI.

Sebanyak 5000 agensi media tersenarai di dalam aplikasi ADWORK untuk pengiklan membuat pilihan merangkumi platfrom akhbar, televisyen termasuk juga radio.

Aplikasi ADWORK juga buat masa ini merupakan jenama terbesar di negara yang bakal menyediakan perkhidmatan pemasaran selain yang dilihat membuka lembaran baru buat strategi pemasaran perniagaan.

Sebagai permulaan, ADWORK turut menawarkan promosi menarik dengan tawaran ruangan iklan bernilai RM2 juta ringgit yang boleh didapati menerusi rebat tunai, nilai tambahan perjanjian termasuk diskaun sehingga 70 peratus.





Source link

Related Posts