Artikel Terkini

Aplikasi Robo-Pintar Shariah-ESG BIMB Investment Memenangi Anugerah “The E-Commerce – Financial Services Award”


BEST Invest, aplikasi Pelaburan Lestari Robo-Pintar Shariah-ESG oleh BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”), telah memenangi anugerah E-Commerce – Financial Services Award di Malaysia Technology Excellence Awards 2020.

“Rakyat Malaysia sentiasa di dalam pemikiran kami dalam penghasilan aplikasi BEST Invest. Kini dengan sebuah telefon pintar, semua orang boleh mula melabur dalam dana lestari patuh Shariah. Kami berbesar hati diberikan penghargaan anugerah berprestij ini kerana ini menunjukkan komitmen BIMB Investment untuk menjadikan pelaburan lebih mudah dan senang difahami. Kami ingin mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk mula melabur tanpa mengira latar belakang kewangan mereka kerana kami percaya bahawa asas prinsip Islam adalah keuntungan yang inklusif”, kata Pengerusi BIMB Investment Management Berhad, Mohamed Ridza bin Mohamed Abdulla.

Pengerusi BIMB Investment Management Berhad, Mohamed Ridza bin Mohamed Abdulla

Acara penghargaan itu memberi penghormatan kepada syarikat-syarikat yang menerajui pembangunan projek-projek inovatif, perkhidmatan digital, strategi dan inisiatif teknologi. Para pemenang dinilai berdasarkan keunikan dan inovasi, keberkesanan dan kesan serta dinamisme.

Calon-calon anugerah dinilai oleh panel elit yang terdiri daripada Justin Ong, Rakan Niaga dan ‘FSI Financial and Regulatory Risk Leader’ di Deloitte Asia Pacific, Alvin Gan SH, Pengarah Eksekutif, Rakan Kongsi dan Ketua Transformasi Berkemampuan IT (ITeT) di KPMG Malaysia, Hari Iyer, Pengarah Eksekutif bagi Penasihat di BDO Malaysia, Michael Lim Jr, Pengarah Urusan dari Crowe Growth Consulting Sdn Bhd, dan Jade Leong, Rakan Penasihat di Ernst & Young.

Singapore Business Review menyampaikan penghargaan kepada BIMB Investment dalam sebuah upacara atas talian pada 11 September 2020 yang diikuti dengan wawancara video atas talian bersama Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi yang dikendalikan oleh Paul Howell, Editor Urusan dari Singapore Business Review.

Najmuddin Mohd Lutfi, Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment Management Berhad bersama trofi the E-Commerce – Financial Services award

Bercakap semasa upacara penganugerahan dalam talian, Najmuddin berkata, “Hampir 20,000 pengguna telah mendaftar melalui aplikasi BEST Invest dimana aplikasi ini menawarkan dana-dana unit amanah Shariah-ESG di semua kelas aset. Ia merangkumi ekuiti global, ekuiti Asia Pasifik, ekuiti Malaysia, Sukuk global dan pasaran wang. Aplikasi BEST Invest juga mempunyai system Robo-Pintar untuk membantu pelabur untuk memulakan pelaburan mereka. Sudah terlalu lama, pelaburan hanya dianggap untuk pelabur yang mempunyai pengetahuan tentang pelaburan. Kami sentiasa percaya bahawa pelaburan dan inovasi dari segi penyelesaian kewangan digital dengan keramahan pengguna adalah untuk semua lapisan masyarakat Malaysia”.

BEST Invest adalah sebuah platform Pelaburan Lestari Robo-Pintar Shariah-ESG pertama dari BIMB Investment yang dilancarkan pada awal tahun ini. Sebagai sebahagian daripada komitmen BIMB Investment untuk membawa pelaburan lestari kepada rakyat Malaysia, pelabur boleh mula melabur dan membina matlamat pelaburan dengan minimum RM10 dan tanpa caj jualan melalui aplikasi BEST Invest. Pelabur juga boleh melabur dan mengeluarkan pelaburan mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Aplikasi ini juga memberi peluang kepada pelabur untuk mula melabur sama ada dengan memilih fungsi “Do it for Me” atau fungsi “Do It Myself”. Fungsi “Do it for Me” membolehkan sistem Robo-Pintar mengenal pasti dan memilih kaedah pelaburan terbaik, dana yang sesuai dan jumlah pelaburan berdasarkan profil risiko pelabur. Manakala, fungsi “Do It Myself” pula membolehkan para pelabur memilih dana yang ingin mereka laburkan dan melabur tanpa bantuan sistem Robo-Pintar untuk pengalaman yang telah disesuaikan.

BEST Invest memberi tumpuan kepada kelestarian pelaburan Shariah-ESG. Dana-dana unit amanah yang ditawarkan dalam aplikasi BEST Invest adalah dana Shariah-ESG yang diuruskan oleh BIMB Investment Management Berhad. Bagi isu pandemik Covid-19, topik ini telah diketengahkan semasa upacara penghargaan tersebut.

“Pendekatan patuh Shariah- ESG kami adalah sebahagian daripada usaha kami dalam mempromosikan pengurusan kewangan secara inklusif. Memenangi anugerah ini membuktikan kepercayaan kami terhadap produk pelaburan berasaskan ESG dan pelaburan secara umumnya dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang mereka, terutama sekali dalam keadaan global kini yang disebabkan oleh COVID-19. Kombinasi patuh Shariah dan ESG mendorong risiko yang disesuaikan dan pulangan yang konsisten untuk jangka panjang, dan kami percaya bahawa BEST Invest merangkumi falsafah ini dan kami bangga bahawa BEST Invest dapat memberikan ini kepada semua rakyat jelata untuk dimanfaatkan.”

Pernyataan Penafian

Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami prospektus dan risalah keterangan produk (PHS), termasuk prospektus tambahan jika ada, sebelum melabur. Jika ada sebarang keraguan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional sebelum melakukan transaksi atas talian.

Baca juga BIMB Investment Melancarkan BEST Invest, Aplikasi Pelaburan Lestari

Iklan


Iklan



Source link