Artikel Terkini

Aqiqah Mahal Dan Susah? Sekarang Aqiqah Online, Hanya RM499


Di kala wabak Covid-19 semakin berleluasa,
kehidupan masih perlu diteruskan walaupun tidak seperti biasa

Kita disarankan untuk duduk di rumah sahaja dan
membataskan pergerakan keluar rumah sekadar untuk membeli bekalan keperluan
sahaja.

Lagipun zaman sekarang kebanyakan benda boleh
dilakukan secara online, semuanya di hujung jari saja. Dengan adanya internet,
banyak benda boleh dilakukan dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Termasuklah menjalankan hak anak kita yaqni
ibadah aqiqah.

Definisi Aqiqah

Buat pengetahuan anda, aqiqah ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti
rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal
dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.

Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat
ialah sunat muakkad. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada Fatimah ketika
mengaqiqahkan Hasan:

“Hai Fatimah!, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham”.

Syarat yang afdhal untuk anak lelaki ialah dua
ekor kambing yang cukup syarat; sampai umur, tidak cacat, milik mutlak.
Manakala bagi anak perempuan satu ekor.

Hadith dari Ummu Khazr al-Ka’biyah berkata: Aku
pernah mendengar Rasulullah bersabda:

Maksudnya: “Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang mirip (sebaya dan seumur), dan untuk anak perempuan satu ekor”.

Memperkenalkan Aqiqah Centre

Aqiqah Centre adalah syarikat milik Bumiputera yang menguruskan ibadah aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah. Mereka telah wujud di dalam dunia pengurusan aqiqah dan qurban bermula sejak tahun 2015 lagi.

Apa yang menariknya adalah Aqiqah Centre telah
berjaya menguruskan lebih daripada 19,000 sembelihan kambing untuk aqiqah dan
qurban!

Penjenamaan aqiqahcentre baru bermula pada awal
tahun 2019, dan ini adalah hasil rebranding dari jenama asal iaitu Halim House
of Lamb.

3 Masalah Orang Melayu Islam Berkenaan Aqiqah

Didapati bahawa kebanyakan orang Melayu Islam
kita di Malaysia berdepan dengan 3 masalah utama berkenaan dengan aqiqah ini.

1. Kekangan masa untuk mengurus majlis aqiqah

Baru saja dapat anak, anak pula kena tahan sebab
kuning. Ibu pula mengalami komplikasi setelah melahirkan anak secara pembedahan
dan berada dalam keadaan yang lemah.

Memang kita nak mereka cepat pulang ke rumah dan
berpantang di rumah, namun terdapat pelbagai isu yang tak dapat dielakkan. Maka
ibadah aqiqah pun tidak menjadi keutamaan.

2. Tak dapat sunnah aqiqah pada hari ketujuh

Ini adalah sunnah yang selalu ditekankan dalam
aqiqah. Disebabkan banyak perkara yang berlaku, keutamaan diberikan kepada
kesihatan anak dan ibu.

Maka ibadah sunnah ini tidak dapat dijalankan,
bukan sengaja kita tidak mahu melakukannya.

3. Kos yang tinggi

Sebaik saja discaj daripada hospital, kita
semestinya perlu menjelaskan bil-bil hospital yang berkaitan dengan anak yang
baru dilahirkan tadi.

Kalau ada komplikasi dan terpaksa ditahan untuk
berhari-hari atau berminggu-minggu, kosnya pasti tinggi.

Kos untuk mengerjakan aqiqah di Malaysia pula,
seekor kambing berharga RM850. Kalau
anak lelaki dah RM1,700 sebab dua
ekor.

Itu belum termasuk lagi upah masak, menu
tambahan, kerusi, meja, khemah dan sebagainya.

Bukan nak komplen, tetapi inilah realitinya.

Disebabkan kos yang tinggi ini, maka orang ramai
terpaksa menangguhkan majlis aqiqah. Sehingga akhirnya tak buat dan terlupa nak
buat sehingga anak dah besar panjang.

Solusi Oleh Aqiqah Centre

Percaya atau tidak, ia hanya mengambil masa 5 minit untuk mendaftar melalui laman web Aqiqah Centre.

Jangan terkejut kalau ramai artis-artis ternama seperti  Shaheizy Sam, Achey (Maharaja Lawak), Ali Puteh, Dato’ Fazley Yaakob, Black, Abby Abadi dan Imran Ajmain gunakan servis kami untuk aqiqah anak-anak mereka. 

Harganya tersangatlah berpatutan, iaitu hanya RM499. Selebihnya mereka akan uruskan.

Ibadah aqiqah tersebut boleh dilakukan pada hari
ketujuh selepas kelahiran dan mengikut sunnah, tiada masalah.

Tak perlu pening kepala untuk mengurus majlis,
malah tak perlu kos yang tinggi untuk membuat majlis tersebut.

Tawaran Istimewa Aqiqah Centre

Tunggu, ada lagi tawaran menarik menanti anda. Dengan hanya satu harga RM499, anda akan dapat:

  • Penyembelihan di tanah suci Mekah.
  • Rakaman video sembelihan dengan
    menyebut nama anak (tiada unsur scam
    atau tiada bukti aqiqah tersebut tidak berlaku).
  • Percuma sijil dengan ukiran kayu.

Layari laman web Aqiqah Centre untuk keterangan lanjut atau Instagram Aqiqah Centre.





Source link