Artikel Terkini

Awas, Atap Jenis Asbestos Ini Boleh Jadi Penyebab Kanser Paru-Paru!


Selalu kita lihat bangunan atau rumah lama ada yang masih menggunakan atap jenis asbestos ini. Harganya yang murah dan mudah dipasang menjadikannya pilihan paling selamat pada suatu ketika dulu.

Tetapi, menurut perkongsian Public Health Malaysia di Facebook, atap asbestos yang telah rosak atau pecah boleh meningkatkan risiko penyakit kanser mesothelioma terutama buat mereka yang terlibat secara langsung menguruskan bahan binaan tersebut.

INI MUNGKIN PUNCA KANSER PARU-PARU MESOTHELIOMA

Lihatlah di sekitar kawasan rumah anda.

Anda biasa nampak kepingan serpihan atap bumbung berlonggok di bahu jalan mahupun di tempat longgokan sampah?

Pemandangan ini juga dapat diperhatikan di taman permainan kanak-kanak dan taman taman awam.

Tahukah anda, ia bukan sekadar serpihan sampah, tetapi ia merupakan satu ancaman yang boleh menyebabkan penyakit merbahaya!

Ya, ia adalah bumbung atap asbestos.

Dahulu, kebanyakan rumah dan kilang sememangnya menggunakan atap ini kerana ianya lebih murah dan memberi kesan penyejukan.

Namun selepas kajian menemui asbestos merupakan punca penyebab kanser mesothelioma, penggunaannya telah di hentikan dan dihadkan.

Terdapat negara yang telah mengharamkan penggunaannya secara total, namun di Malaysia ianya diharamkan hanya pada pembinaan bangunan kerajaan yang baru sejak tahun 1999

Sekiranya bahan merbahaya ini TIDAK diusik, risiko untuk dapat cancer sangat rendah.

Risiko akan hadir apabila ianya pecah, rosak dan anda terlibat secara langsung dalam mengendalikan asbestos. Situasi ini mendedahkan anda kepada risiko untuk untuk mendapat radang asbestosis paru-paru dan juga kanser mesothelioma.

Tidak perlu banyak, sebutir debu sehalus bilah jarum sudah cukup untuk anda mendapat kanser dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Apa yang anda boleh dilakukan untuk mencegah masalah ini?

  • Jika anda masih menggunakan bumbung asbestos ini, pastikan bumbung tidak retak, pecah.
  • Jika ianya pecah, pastikan proses membaikpulih bumbung mengikut prosedur khusus DOSH dan Jabatan Alam Sekitar.
  • Jika anda nampak di Kawasan rumah/perjiranan anda, hubungi pihak berkuasa temptan anda dengan segera untuk proses pelupusan.
  • JANGAN BAKAR, dan jangan tanam atau lupus sendiri.
  • Jangan biarkan anak anda bermain di kawasan asbestos. Kesan kanser asbestos hanya boleh nampak selepas 30 tahun.

Apakah gelaja masalah ini?
Simptom asbestosis dan kanser mesothelioma adalah seperti sesak nafas, dada terasa ketat, batuk kering berpanjangan, sakit dada, kurang selera makan, penat, demam dan berpeluh sewaktu malam.

Jika anda dapati anda berisiko dan mempunyai gejala-gejala tersebut, dapatkan rujukan awal di Klinik Kesihatan berhampiran.

SUMBER



Source link