Uncategorized

Awas! Ikuti langkah ini elak anak-anak anda layari pornografi

Awas! Ikuti langkah ini elak anak-anak anda layari pornografi 1



Awas! Ikuti langkah ini elak anak-anak anda layari pornografi 2

KEHIDUPAN dunia siber memberikan suatu cabaran, realiti dan ilusi kepada manusia sejagat.

Tidak menghairankan kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan data amat mengejutkan, kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja.

Sebenarnya kebimbangan itu dikongsi kelompok ibu bapa kerana Internet sudah menjadi keperluan asas dalam kehidupan harian setiap lapisan masyarakat.

Namun, kebimbangan, keresahan serta kegelisahan terhadap integriti anak dalam melayari Internet tidak dapat disangkal.

Apatah lagi, ibu bapa yang bekerja mungkin tidak dapat mengawasi penggunaan Internet di rumah setiap masa.

Amat membimbangkan juga apabila statistik Google Trends melaporkan Malaysia menduduki tangga kelapan bagi negara paling banyak pencari maklumat berkaitan pornografi.

Soal untuk menapis atau menutup media sosial baru seperti Facebook atau Twitter adalah sesuatu yang agak mustahil.

Justeru, Google mempunyai beberapa cara untuk kegunaan ibu bapa bagi mengawal penggunaan internet terhadap anak-anak.

Menurut Ketua Komunikasi Google Malaysia, Zeffri Yusoff, organisasi gergasi Internet itu tampil dengan beberapa fungsi serta aplikasi yang membolehkan ibu bapa mengawasi pergerakan dan kelakuan anak-anak ketika menggunakan internet.

YouTube Kids

Laman web YouTube yang merupakan sebahagian daripada Google mempunyai aplikasi khas YouTube Kids, yang dicipta khas untuk kanak-kanak bawah 13 tahun.

YouTube Kids menjadikan penggunaan melayari video dalam talian lebih selamat dan mudah untuk kanak-kanak – daripada persembahan dan muzik kegemaran hingga ke mempelajari bagaimana untuk membina model gunung berapi.

YouTube Kids mempunyai pelbagai fungsi kawalan untuk ibu bapa, jadi mereka boleh menyesuaikan penggunaan dengan keperluan anak-anak,” kata Zeffri.

SafeSearch

Tetapan SafeSearch yang tersedia di enjin pencarian Google membenarkan ibu bapa menapis hasil carian yang eksplisit di Google, seperti pornografi.

Tetapi, nanti dahulu… Ia mungkin tidak 100 peratus tepat, namun ia mampu membantu anda mengelakkan hasil carian yang tidak sesuai untuk anak-anak.

“Apabila SafeSearch diaktifkan, ia membantu menghalang imej, video dan laman web eksplisit daripada hasil Carian Google. Ia juga tersedia dalam pelbagai bahasa yang disokong Google Search,” kata Zeffri.

Family Link

Aplikasi Family Link dari Google membantu ibu bapa memerhati penggunaan peranti anak-anak mereka, dan membolehkan ibu bapa menetapkan peraturan dasar digital atau ‘ground rules’ untuk keluarga mereka.

Melalui aplikasi ini, peranti anak-anak akan dihubungkan dengan peranti ibu bapa di mana ia membolehkan ibu bapa mengawasi masa penggunaan skrin (screen time) dan menguruskan kandungan dilayari anak-anak.

Family Link juga membenarkan ibu bapa menetapkan had masa bagi mewujudkan keseimbangan dalam penggunaan peranti oleh anak-anak.

Malah, ibu bapa juga boleh kunci peranti anak-anak pada bila-bila masa.

Dari sudut keselamatan pula, Family Link membolehkan ibu bapa menjejaki kedudukan atau lokasi anak-anak melalui fungsi GPS.

Aplikasi ini boleh dimuat turun untuk peranti iOS dan Android melalui AppStore dan GooglePlay.

Jadi, semuanya bermula dari didikan di rumah. Ibu bapa bertindak sebagai ‘first line of defence’ dalam memastikan kelakuan anak-anak diperhatikan dan dikawal agar tidak terjebak dengan dunia maya yang tidak mendatangkan faedah ini, tambah Zeffri.





Source link