Artikel Terkini

AXA AFFIN Life Insurance Menganjurkan Kempen Pendanaan Ramai COVID-19 Untuk Membantu Kakitangan Barisan Hadapan


Berikutan
penularan wabak COVID-19, Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang digunakan
oleh kakitangan barisan hadapan dilaporkan meningkat dua hingga sepuluh kali
ganda, menyebabkan kekurangan bekalan PPE yang ketara 1.

Dalam usaha untuk menangani krisis kekurangan PPE di Malaysia, AXA AFFIN Life Insurance Berhad, sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporatnya, menganjurkan kempen pendanaan ramai iaitu – AXA AFFIN “Smash the Curve” COVID-19 Fund Raising Campaign. Bermula dari sekarang hingga 15 Mei 2020 melalui platform pendanaan ramai – PitchIN, kempen ini bertujuan untuk mengumpul RM150,000 secara kolektif. Dana ini akan digunakan untuk membeli PPE penting seperti gaun perubatan, topeng muka, pelindung muka pakai buang, sarung tangan pemeriksaan dan peralatan perubatan bagi kakitangan barisan hadapan. Dana yang dikumpulkan akan dimanfaatkan secara telus, dengan sumbangan dan perbelanjaan diperjelaskan sepenuhnya. Senarai penerima akan diumumkan pada akhir kempen.

“Dalam suasana sukar seperti ini, kami harus mengambil
langkah proaktif sebagai warga korporat yang menghulurkan bantuan dan
perlindungan bukan sahaja kepada para pelanggan dan kakitangan tetapi juga meluaskan
perlindungan kepada insan penting kepada masyarakat. Kakitangan barisan hadapan
yang cekal hati – kakitangan penjagaan
kesihatan, anggota polis, tentera dan sukarelawan,kini menyabung
nyawa untuk terus berkhidmat. Mereka bekerja keras sepanjang masa menentang
virus berbahaya ini sambil memastikan kita selamat di rumah. Teladan yang ditunjukkan
oleh wira-wira kita patut dipuji dan sudah tiba masanya kita memastikan mereka
selamat menghadapi ancaman ini, dengan membekalkan PPE yang secukupnya,” kata Rohit Nambiar, Ketua Pegawai
Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance.

Beliau menambah lagi, “Setinggi-tinggi penghargaan
dirakamkan kepada semua kakitangan barisan hadapan atas komitmen dan
pengorbanan mereka selama ini.  Kita juga
patut memainkan peranan kita, sama ada dengan menyumbang kepada kempen Mengutip
Dana COVID-19 AXA AFFIN atau mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan
dan tidak menambah beban yang tidak wajar kepada sistem penjagaan kesihatan
kita.”

Orang ramai kini boleh menyumbang mengikut kemampuan mereka di www.myaxa.co/smashthecurve. Sumbangan minimum sebanyak RM5. Inilah masanya rakyat Malaysia bersatu hati, memutuskan rantaian penyebaran dan meruntuhkan keluk jangkitan.  

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.axa.com.my atau www.facebook.com/MYAXAAffin.

Sumber:
1- The Star – Covid-19: Need more PPE, current supply can only last for two weeks, says Health DG https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/04/13/covid-19-need-ppe-donations-current-supply-can-only-last-two-weeks-says-health-dg

MENGENAI AXA GROUP

AXA Group merupakan peneraju utama dunia dalam bidang
insurans dan pengurusan aset, dengan 160,000 kakitangan yang memberikan khidmat
kepada 105 juta pelanggan di 64 negara. Pada 2017, pendapatan IFRS berjumlah
98.5 bilion dan pendapatan asas IFRS mencecah Euro 6.0 bilion. AXA memiliki
aset bernilai Euro 1,439 bilion di bawah pengurusannya sehingga 31 Disember
2017.

Saham biasa AXA disenarai dalam kompartmen A
Euronext Paris di bawah simbol CS (ISN FR 0000120628 – Bloomberg: CS FP – Reuters:
AXAF.PA). Saham Depositori Amerika milik AXA turut dinyatakan pada platform OTC
QX di bawah simbol AXAHY. AXA Group termasuk dalam indeks SRI utama
antarabangsa seperti Dow Jones Sustainability Index (DJSI) dan FTSE4Good. Ia
merupakan ahli pengasas UN Environment Programme’s Finance Initiative (UNEP FI)
Principles for Sustainable Insurance dan merupakan penandatangan UN Principles
for Responsible Investment.

Siaran akhbar dan maklumat terperingkat ini dimaklumkan
kepada umum oleh AXA mengikut artikel L. 451-1-2 French Monetary and Financial Code dan artikel 222-1 et seq. Autorité
des marchés financiers’
General
Regulation
boleh didapati di laman sesawang AXA Group (axa.com).

MENGENAI AXA AFFIN LIFE INSURANCE BERHAD

Diperbadankan pada Februari 2006, AXA AFFIN Life
Insurance Berhad (AXA AFFIN Life) ialah syarikat usaha sama antara AFFIN
Holdings Berhad dan AXA Group, peneraju perlindungan kewangan di seluruh dunia,
yang beribu pejabat di Paris. Dengan memanfaatkan kekuatan AXA Group sebagai
pakar perlindungan kewangan dan pengetahuan tempatan serta kepelbagaian
rangkaian AFFIN Holdings, AXA AFFIN Life memberi tumpuan kepada usaha membantu
individu menguruskan risiko dan mencapai matlamat kewangan mereka. AXA AFFIN
Life akan berusaha untuk membina hubungan rapat dan berpanjangan dengan
pelanggan, menawarkan penjagaan, sokongan dan nasihat kepada mereka dengan
standard etika profesional yang tertinggi.Mulai Oktober 2017, AFFIN Bank kini
adalah Syarikat Induk Bank untuk AXA AFFIN Life.



Source link