Uncategorized

AXA Memenangi Anugerah Syarikat Insurans Am Antarabangsa Terbaik – Malaysia Untuk 4 Tahun Berturut-Turut


Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA, dengan 3 anugerah berprestij dari Anugerah Perbankan Kewangan dan Insurans Asia 2019.

AXA Affin
General Insurance Berhad (AXA) merangkul tiga kemenangan di Anugerah Perbankan
Kewangan dan Insurans Asia 2019 yang diadakan di Hotel Shangri-La, Singapura pada 16 Julai 2019.

Ini adalah tahun ke-4
berturut-turut AXA memenangi anugerah Syarikat Insurans Am Antarabangsa Terbaik – Malaysia dan Produk Insurans Baharu Terbaik – Malaysia serta tahun ke-2 berturut-turut menerima
anugerah Inisiatif
Tuntutan Terbaik  – Malaysia
.

Dianjurkan oleh Asian Banking and Finance
Magazine — penerbitan terkemuka yang memaparkan industri perkhidmatan kewangan
dinamik Asia, Anugerah Insurans Asia yang berprestij ini bertujuan untuk mengiktiraf
institusi kewangan paling cemerlang di Asia. Penerima anugerah perlu menjalani
proses pemilihan yang ketat oleh panel hakim yang terdiri daripada pakar
industri.

Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA
berkata, “Ini adalah kemenangan besar untuk kami di AXA dan ia mengukuhkan
komitmen, keyakinan dan kepercayaan pelanggan, kakitangan dan rakan kerja kami.
Visi dan keutamaan kami adalah jelas — saya yakin bahawa pelan strategik kami
akan terus memberi nilai kepada semua pihak berkepentingan sejajar dengan usaha
kami untuk memperkembangkan dan memajukan AXA dalam pasaran yang
diliberalisasikan dan mencabar ini.”

Walaupun dengan perkembangan digital yang
pesat serta peningkatan
insurtech yang baharu dalam pasaran ini, AXA
kekal fokus dalam mewujudkan inisiatif berskala untuk mencapai strategi Payer-to-Partner. AXA telah mencapai
kemajuan yang memberangsangkan
pada tahun 2018 terutamanya keutamaan strategiknya yang
tertumpu ke arah pertumbuhan, kecekapan, pengalaman pelanggan dan pembangunan
keupayaan. AXA terus menghasilkan penyelesaian produk inovatif yang mendorong
pencegahan risiko, penyertaan kewangan dan perlindungan segmen yang tidak berinsurans.

Merchantrade Insure Basic, yang telah memenangi Produk Insurans Baharu Terbaik – Malaysia, ialah Insurans Kemalangan Diri pertama di Malaysia yang mengirim wang terus kepada benefisiari. Produk ini, hasil kerjasama dengan Merchantrade Asia – pembekal perkhidmatan mata wang tempatan terbesar di Malaysia, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan kepada segmen yang kurang diberi perhatian dan menyediakan penyelesaian insurans yang mudah dan mampu milik. Sehingga kini, 32,858 pekerja asing dilindungi melalui Merchantrade Insure Basic dengan jumlah yang diinsuranskan melebihi RM 415 juta, dan menerima banyak testimonial positif daripada pelanggan yang telah mendapat manfaat daripada produk tersebut.

Berkenaan dengan kecekapan, AXA mengekalkan halal tujunya dari segi transformasi tuntutan untuk mempermudahkan proses tuntutan. AXA telah mengambil langkah besar dengan memperkenalkan projek Perjalanan Tuntutan Insurans Kembara. Portal Tuntutan Dalam Talian yang mudah digunakan telah diwujudkan sebagai pusat sehenti untuk penyerahan tuntutan perjalanan yang mudah dan pantas bagi mempercepatkan masa pusing balik untuk para pelanggan. Hampir 40% pelanggan tuntutan perjalanan telah mendapat kesan positif daripada inisiatif ini.

Komen

komen





Source link