Artikel Terkini

Bagaimana Bilionaire Ini Mengambil Kesempatan Untuk Kembangkan Perniagaan Ketika Berdepan Pandemik


Saat ini, seluruh dunia sedang berhadapan dengan satu pandemik yang sangat serius iaitu corona virus. Kebanyakan negara mengambil inisiatif melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai salah satu cara untuk mengekang wabak ini daripada terus merebak di kalangan rakyat.

Semua orang terkesan dengan langkah ini terutamanya bagi mereka yang menjalankan perniagaan. Mana taknya, bisnes tidak dapat dijalankan seperti biasa.

Ramai yang takut sekiranya perniagaan mereka terjejas teruk dan bakal gulung tikar nanti. Tetapi, masih ada golongan usahawan yang positif dan mengambil kesempatan untuk mengukuhkan lagi bisnes mereka pada musim ini seperti Min-Liang Tan.

Tan merupakan pengasas bersama dan juga CEO bagi syarikat permainan video terkemuka dunia iaitu Razer. Bekas peguam ini telah menubuhkan syarikat ini bersama-sama rakannya, Robert Krakoff pada tahun 2005.

Seperti yang kita sedia maklum, permainan video memang mendapat tempat terutamanya di kalangan para remaja. Dengan akses meluas dan pantas kemudahan internet, permainan atas talian semakin berkembang pesat di seluruh dunia. Sehinggakan muncul pula sukan digital yang dikenali sebagai Esports.

Tan sendiri pernah menjangkakan yang Esports ini akan berkembang pada masa akan datang. Tetapi, dengan situasi Covid-19 yang semakin membimbangkan, ianya telah berkembang lebih cepat daripada apa yang dijangka beliau.

Bila terpaksa berkurung di dalam rumah, kebanyakan daripada kita pasti mudah berasa bosan dan mencari jalan untuk menghilangkan kebosanan tersebut. Bagi golongan belia, salah satu cara untuk menghilangkannya adalah dengan bermain permainan video.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh syarikat seperti Verizon, terdapat peningkatan sebanyak 75% penggunaan permainan video di Amerika Syarikat semenjak penularan virus Covid-19 di sana. Pada 22 Mac pula, sebanyak 1.2 bilion mobile games telah di muat turun di sana.

Jadi kita boleh nampak keuntungan yang bakal diperoleh oleh syarikat-syarikat permainan video ini?

Kredit: Straits Times

Tan sendiri sebenarnya sudah melabur banyak dalam bidang ini sebelum berlakunya pandemik ini lagi. Sebagai contoh, beliau telah melabur di dalam bidang ini dan juga new media. Beliau ingin menjadikan permainan video dan juga Esports sebagai salah satu platform hiburan yang baru.

Selain daripada keuntungan, beliau juga mengganggap ini merupakan salah satu tanggungjawab sosialnya bagi menyediakan salah satu bentuk hiburan kepada pengguna; selain daripada mengajak mereka untuk sama-sama duduk di rumah bagi mengelakkan penularan wabak ini.

Walaupun kita semua sedang berdepan dengan masa-masa sukar, tetapi kita harus sentiasa berfikiran positif. Bagi para usahawan, keadaan ini mungkin dapat memberikan peluang perniagaan baru yang boleh kita terokai.

Sumber Rujukan: https://www.cnbc.com/2020/04/07/how-this-self-made-billionaire-built-a-pandemic-proof-business.html

Dan yang terkini, katanya Razer akan menubuhkan bank digital mereka sendiri di bawah nama Razer Youth Bank. Kalau ianya menjadi kenyataan, semakin majulah syarikat Razer nampak gayanya.



Source link