Artikel Terkini

Bahaya makanan segera ketika iftar, ini apa yang anda perlu tahu


APAKAH juadah paling ringkas tetapi mengenyangkan untuk berbuka puasa?

Makanan segera!

Tak perlu fikir nak apa, kuih apa atau lauk apa, pesan saja set dan semuanya lengkap. Apatah lagi Ramadan 2020 ini yang menyaksikan tiada Bazar Ramadan seperti kebiasaannya.

Menu memanglah nampak mudah dan senang, namun tahukah anda impak pengambilan makanan segera terhadap tubuh badan anda?

Ini lima sebab yang memungkinkan anda menyesal kerana memilih makanan segera sebagai juadah:

pengambilan makanan segera yang berlebihan semasa iftar dan juga sahur boleh membuatkan anda menambah berat badan

1. Menambahkan berat badan

Memetik artikel dari portal HelloDoktor,  pengambilan makanan segera yang berlebihan semasa iftar dan juga sahur boleh membuatkan anda menambah berat badan.

Ia kerana mkanan kategori ini telah melalui proses yang terlalu banyak sehingga nutrisinya hilang.

Selain itu, ia juga mengandungi banyak lemak trans serta tidak mengandungi sumber serat yang mencukupi.

Sepatutnya, bulan puasa peluang untuk kita turunkan berat badankan?

2. Meningkatkan risiko rintangan insulin

Kebanyakan makanan segera mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi sekali gus meningkatkan risiko diabetes jenis 2.

Bukan itu sahaja, terdapat kajian yang mengatakan pengambilan makanan kategori ini akan menyebabkan kerintangan insulin – punca kepada gula dalam darah menjadi tidak terkawal.

Dalam erti kata yang lebih mudah, pengambilan makanan jenis ini boleh mengundang penyakit kencing manis.

3. Meningkatkan risiko kegagalan jantung

Selain lemak trans, kebanyakan makanan segera juga mengandungi lemak tepu.

Kedua-dua jenis lemak ini berisiko meningkatkan kolesterol jahat yang dikenali sebagai LDL (low-density lipoprotein).

Ia akan menjadi pemicu lemak terkumpul dan tersekat pada saluran darah.

Dalam masa yang sama, ia juga akan menurunkan jumlah kolesterol baik yang dikenali sebagai HDL (high-density lipoprotein)

Akibatnya, ia akan mengakibatkan kewujudan plak kolesterol yang seterusnya akan meningkatkan risiko kegagalan jantung dan pelbagai lagi penyakit lain berkaitan dengan jantung.

Kebanyakan makanan segera mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi sekali gus meningkatkan risiko diabetes jenis 2

4. Melambatkan proses metabolisme

Proses metabolisme adalah penting untuk memecahkan nutrisi menjadi komponen yang lebih kecil untuk keperluan tubuh badan kita.

Ia adalah proses yang sangat penting untuk membakar kalori.

Pengambilan makanan segera pula dikatakan akan membuat proses metabolisme menjadi lebih lambat.

Ia disebabkan kekurangan tenaga yang dikeluarkan jika hendak dibandingkan ketika makan makanan yang sihat.

Kita perlu tahu, berpuasa akan menyebabkan metabolisme menjadi lambat.

5. Makanan segera menyebabkan ketagihan

Menurut Dr Vijaya Surampudi yang bertugas di University of California di Los Angeles, makanan kategori ini akan menyebabkan ketagihan akibat 4 bahan yang terdapat di dalamnya iaitu lemak, garam, gula, dan kafein.

Bahan ini seterusnya akan menjadi pemicu kepada perembesan dopamin – salah satu hormon yang memberikan rasa gembira dan bahagia.

Sensasi inilah yang membuat anda sukar untuk berhenti memakannya yang akhirnya menyumbang kepada penambahan berat bandan berlebihan

Pengambilan makanan segera akan membuat proses metabolisme menjadi lebih lambat.





Source link