Uncategorized

Bancuhan Cuka Dan Pelembut Pakaian Elak Habuk Pada Kipas Untuk Tempoh Lama

Bancuhan Cuka Dan Pelembut Pakaian Elak Habuk Pada Kipas Untuk Tempoh Lama 1


Dekor rumah hebat, susun atur aksesori menarik, tetapi bila pandang atas siling, kipas berhabuk. Pasti akan bagi situasi ‘potong stim’ bila kita tengok bilah kipas penuh dengan habuk berwarna hitam. Kalau kita tengok dah rasa rimas, apatah lagi kalau tetamu yang datang bertandang.

IMPIANA bantu anda bagaimana untuk memastikan anda tidak penat mencuci bilah kipas setiap minggu. Penat juga setiap minggu nak panjat tangga, guna banyak tenaga, sepatutnya hari minggu kita berehat tetapi kita penat membuang habuk kipas. Kalau kipas meja gagah lagi, kipas siling, memang surrender.

Ikuti langkahnya dibawah ini:

  1. Ambil satu bekas penutup pelembut pakaian dan letakkan dalam satu mangkuk. Buat langkah yang sama dengan cuka makanan dan air biasa. Nisbahnya adalah 1:1:1 atau ikut agak-agak saiz bilah kipas. Kacau hingga sebati campuran tersebut.

Bancuhan Cuka Dan Pelembut Pakaian Elak Habuk Pada Kipas Untuk Tempoh Lama 2

Bancuhan Cuka Dan Pelembut Pakaian Elak Habuk Pada Kipas Untuk Tempoh Lama 3

Bancuhan Cuka Dan Pelembut Pakaian Elak Habuk Pada Kipas Untuk Tempoh Lama 4

 

2) Basuh bilah kipas tersebut dengan air biasa untuk membuang habuknya.

3) Letakkan campuran air tadi ke dalam botol penyembur dan semburkannya di setiap bilah kipas. Sama juga kalau kipas meja, semburkan di bilah dan juga jaring penutup kipas depan dan belakang. Selepas itu, biarkan selama 5 minit dan lap dengan kain lembab.

Bancuhan Cuka Dan Pelembut Pakaian Elak Habuk Pada Kipas Untuk Tempoh Lama 5

Ulangi 3 langkah ini setiap 2/3 bulan sekali. Jimat tenaga dan jimat belanja.

Komen anda





Source link