Artikel Terkini

Bank Islam tawar tangguh bayaran balik pembiayaan

1585187503 71584867220 BankIslam - Bank Islam tawar tangguh bayaran balik pembiayaan

rumahibs logo black - Bank Islam tawar tangguh bayaran balik pembiayaan

81584867224 BankIslam - Bank Islam tawar tangguh bayaran balik pembiayaan

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) secara automatik menangguhkan atau menggantung semua pembayaran semula pembiayaan selama enam bulan membabitkan pelanggan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta korporat berkuat kuasa 1 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed berkata ini sejajar pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) membabitkan pemberian moratorium atau penangguhan, tidak termasuk baki kad kredit yang sememangnya disambut baik dan disokong penuh oleh Bank Islam.

Langkah BNM yang diumumkan pada Rabu, bertujuan meringankan bebanan peminjam yang terjejas akibat penularan COVID-19 termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam kenyataan pada Rabu juga, Mohd Muazzam berkata pelanggan yang sebelum ini menerima moratorium Bank Islam atau memohon bagi penjadualan dan penstrukturan semula obligasi pembiayaan masing-masing, kini boleh memilih untuk melepaskan pilihan itu.

Mereka sebaliknya boleh memilih pendekatan yang ditetapkan oleh bank pusat itu dengan syarat memenuhi kriteria ditetapkan, katanya.

Menurutnya, tawaran itu hanya membabitkan pembiayaan dalam denominasi Ringgit serta tidak mempunyai tunggakan melebihi 90 hari setakat 1 April 2020.

Bagi kemudahan kad kredit, Bank Islam menawarkan penukaran baki terkumpul kepada pinjaman bertempoh 3 tahun dengan kadar faedah lebih rendah bagi membantu peminjam mengurus hutang mereka dengan lebih baik.

“Bank Islam sedang dalam proses membuat persediaan bagi pelaksanaan usaha itu dan akan membuat pengumuman berikutnya dalam masa yang akan ditentukan. Sebarang pengumuman dan kemas kini berkaitan akan dibuat menerusi laman sesawang rasmi www.bankislam.com atau di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram,” katanya.

— BERNAMA



rumahibs logo black - Bank Islam tawar tangguh bayaran balik pembiayaan

Source link

Related Posts