Artikel Terkini

Bantuan Khas COVID-19 oleh Lembaga Zakat Selangor dibuka


Bagi yang terkesan dengan penularan coronavirus, korang boleh memohon Bantuan Khas COVID-19 oleh Lembaga Zakat Selangor.

Maklumat ini Tok dapat daripada website Lembaga Zakat Selangor (LKS).

Jemput baca sampai habis. Semoga membantu.

Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan inisiatif Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Peruntukan bantuan khas ini khusus untuk keluarga B40 (contoh: penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu) yang terjejas sumber pendapatan susulan pengumuman PKP pada 18hb Mac 2020, agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

LZS akan sentiasa melihat keperluan yang timbul dari semasa ke semasa bagi menyantuni semua pihak yang mengalami kesukaran sepanjang tempoh COVID-19.

Objektif

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
This image has an empty alt attribute; its file name is covid-19a.jpg
This image has an empty alt attribute; its file name is perruntuntikan-covid.jpg

Syarat-syarat Permohonan

  1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
    1. Beragama Islam
    2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR) dan bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
    3. Pemohon adalah dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM 4,360 sebulan.
    4. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak Covid-19 ini.
    5. Bantuan ini adalah merujuk kepada Keluarga atau individu.
  2. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari Portal Bantuan Khas Covid-19. Seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan.
  3. Bantuan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.

Cara-cara untuk memohon

  1. Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf Yang Berdaftar dengan LZS : Sila hubungi Talian Zakat Selangor di 1-300-88-4343 (Isnin-Jumaat. 10.00 pagi hingga 3:00 petang)
  2. Selain Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf Yang Berdaftar dengan LZS : Klik link ni Portal Bantuan Khas Covid-19 (24 Jam, 7 hari seminggu)

** Note : Sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343.

Siapakah yang layak untuk membuat permohonan ?

  1. Ketua keluarga yang diberhentikan kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
  2. Individu (18 tahun dan ke atas) dan tidak tinggal serumah dengan ketua keluarga.
  3. Peniaga / Penjaja Kecil atau pekerja B40 yang terputus pendapatan.

Tempoh proses permohonon

Proses permohonan dalam tempoh 7 hari tertakluk kepada jenis bantuan.

Tempoh permohonan dibuka

Pemohonan ini dibuka bermula 25hb Mac 2020 (Rabu) hingga 6 April 2020 (Isnin). Sebarang perubahan tarikh akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat dan dokumen sokongan yang diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan dan Tanggungan (optional)
  3. Bagi yang bekerja – Slip pendapatan / pengesahan pendapatan (bagi yang masih bekerja) / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
  4. Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak Perniagaan atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan
  5. Bukti Mastautin Pemohon – Bil Air, Bil Api, Bil Internet, Cukai Pintu dll atas nama/alamat Pemohon.

Kaedah penyerahan dokumen permohonan

Dokumen sokongan boleh diserahkan dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dokumen dan muat naik (upload) ke dalam Portal BKC19.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343 (Isnin-Jumaat 10.00 pagi hingga 3.00 petang).

Berapakah jumlah bantuan yang boleh diterima dan berapa kadar maksimum ?

  1. One Off – RM 200 hingga RM 500 sahaja bagi setiap keluarga
  2. Permohonan kali kedua adalah tidak dibenarkan demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.

Cara untuk membuat semakan status permohonan

Untuk mengetahui Status Permohonan Bantuan Khas Covid-19 Zakat Selangor ini, anda boleh menyemak dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan di pautan ini : Portal Bantuan Khas Covid-19.

Bagi yang ingin mendapatkan Status Bayaran Zakat (Sekiranya lulus), anda boleh menyemak dengan Login ke Sistem eZakat ONLINE kami di pautan ini : Sistem eZakatONLINE

Adakah pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada ketua kampung, nazir masjid dan sebagainya?

Tidak perlu.

Adakah permohonan ini boleh dibuat berulang kali?

Tidak boleh, bantuan ini hanya berbentuk ONE OFF (sekali sahaja) bagi setiap keluarga atau individu. Permohonan KALI KEDUA adalah TIDAK DIBENARKAN demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.

Jika pemohon tiada akaun bank, bagaimanakah kaedah penyaluran bantuan?

Melalui pindahan tunai ke akaun bank pasangan atau waris terdekat melalui surat kuasa yang ditandatangani oleh pemohon.



Source link