Artikel Terkini

Bantuan Sara Hidup dibayar awal dua bulan – Tun Mahathir



PUTRAJAYA: Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilancarkan pada Khamis bukan sahaja memfokus menangani risiko ekonomi berkaitan wabak COVID-19, tetapi juga menyalurkan peruntukan secara langsung kepada rakyat.

Menurut Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, antara langkah yang akan dilaksanakan ialah bayaran ansuran Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan diawalkan dari Mei kepada Mac.

“Awalkan bayaran ansuran Bantuan Sara Hidup bulan Mei sebanyak RM200 ke bulan Mac dan kerajaan juga akan  membayar kepada setiap penerima BSH tambahan RM100 dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei, dan seterusnya tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai,” kata beliau dalam sidang media pelancaran, di sini.

BACA: Kerajaan umum Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 berjumlah RM20 bilion

Turut akan dilaksanakan ialah kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikurangkan dari 11 peratus kepada tujuh peratus.

KWSP dalam satu kenyataan media memaklumkan, kadar baharu ini akan berkuatkuasa mulai 1 April 2020 sehingga akhir tahun ini dan membabitkan pencarum di bawah umur 60 tahun.

Bagi mereka berumur yang berusia 60 tahun ke atas, bahagian pekerja akan kekal pada sifar peratus.

Bagaimanapun, pencarum boleh memilih untuk mengekalkan kadar 11 peratus dengan mengisi Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun KWSP 17A (Khas) yang terdapat di laman web KWSP.

Notis ini perlu dikemukakan kepada majikan untuk diserahkan kepada KWSP.





Source link

Related Posts