Artikel Terkini

Banyak Fakta Tentang Lidah Mak Mertua Viral, Tapi Kurang Tepat


Senseveria spp. Atau nama tempatannya pokok lidah jin / lidah mak mertua ni memang tengah viral. Semuanya gara-gara fakta kurang tepat antaranya ialah ia berfungi menjadi penapis udara. Terbaca perkongsian di laman sosial Public Health Malaysia mengesahkan beberapa fakta yg diviralkan kurang tepat.
Memangbetul, pokok lidah mak mertua ni antara tanaman yang di sahkan oleh NASA untuk menguji kesan tumbuhan kualiti udara di rumah pada 1989. Namun, ia hanyalah untuk ruang yang sangat terhad.

Pada ketika itu, pokok buluh pam, kekadi Chinese evergreen dan lidah mak mertua telah dibawa ke angkasa. Ianya di letakkan di dalam sebuah kebuk makmal yang tertutup dengan udara terbatas. Kajian menunjukkan, bahawa ia berjaya memperbaiki kualiti udara di dalm bilik tersebut.

Secara tidak langsung, ini menunjukkan kondisi rumah yang tidak dapat di selesaikan oleh pokok lidah mak mertua yang hanya ada sepasu. Menurut perkongsian Public Health Malaysia lagi. Untuk mendapatkan impak tersebut, anda memerlukan 1000 pokok untuk keluasan 3.1m x 3.1m x 2.4m untuk memastikan ia berfungsi dengan baik sebagai penapis udara

Apa pun, kehadiran tanaman hijau di dalam kediaman juga mempunyai kesan positif yang lain. Antaranya ialah mengurangkan stress dan meningkatkan mood positif



Source link