Artikel Terkini

Bayar Zakat Fitrah Tanpa Tunai di Bulan Ramadan dengan Boost


Aplikasi e-dompet gaya hidup tempatan Boost
dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bekerjasama untuk menawarkan rakyat Malaysia
pengalaman yang mudah, lebih selamat dan lancar untuk memenuhi tanggungjawab
zakat di bulan Ramadan yang bakal disambut umat Islam di negara ini. Dalam
usaha sama ini, Boost dilantik oleh LZS sebagai agen pengumpulan zakat rasmi,
memberikan orang Islam di Selangor kemudahan membuat pembayaran di mana sahaja,
pada bila-bila masa, dengan mudah dan efisien.

Sepanjang tempoh rakyat Malaysia
memerangi wabak COVID-19 dengan mengamalkan penjarakan social (social
distancing) 
serta mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
ternyata penerimaan pembayaran tanpa tunai terutamanya penggunaan applikasi
e-dompet untuk membuat pembayaran meningkat hari demi hari. Langkah ini sejajar
dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengelakkan menggunakan wang
kertas yang boleh memindahkan bakteria dan virus. Usaha sama antara Boost dan
LZS diharapkan memberi ketenteraman hati kepada masyarakat Islam di Selangor
dengan keyakinan bahawa kewajipan agama boleh dipenuhi dari persekitaran
selamat di rumah sewaktu krisis coronavirus melanda.

“Dengan pelantikan sebagai agen
pengumpulan zakat rasmi, Boost bukan sahaja menyokong matlamat LZS untuk menginovasi
dan memacu bayaran zakat di dalam negeri, malah ini juga dapat menjadi peluang
kami untuk mengembangkan dan memperkasakan ekosistem tanpa tunai menggunakan
e-dompet di Selangor. Kami turut berharap kerjasama ini akan mendedahkan lebih
ramai rakyat Malaysia kepada e-dompet sebagai kaedah pembayaran yang mudah dan
selamat, menjadikan proses pembayaran zakat lebih efisien dan mudah di bulan
mulia ini,” kata Mohd Khairil Abdullah,
Ketua Pegawai Eksekutif di Boost
.

Di dalam aplikasi Boost, tile zakat telah diperkenalkan
bagi mempermudahkan orang Islam di Selangor untuk membayar dua jenis zakat
iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta, hanya dengan beberapa ketikan di skrin. Berkuat
kuasa hari ini, pengguna boleh mula membayar Zakat Harta, namun pembayaran
Zakat Fitrah akan tersedia pada 24 April yang merupakan hari pertama bulan Ramadan.
Pengguna dapat menambah akaun zakat dengan hanya menyediakan nombor kad
pengenalan, nama dan nombor telefon bimbit sebelum membuat pembayaran. Pengguna
juga dapat melihat maklumat harga beras dari aplikasi Boost. Setelah pembayaran
dilakukan, pengguna akan menerima resit melalui e-mel yang boleh digunakan
untuk memohon rebat cukai individu

“Lembaga
Zakat Selangor berbesar hati untuk membolehkan rakyat Malaysia memenuhi
tuntutuan Islam dengan cara mudah, ringkas dan berinovasi. Dalam persiapan kita untuk menyambut
kedatangan Ramadan di mana ramai kelompok rentan terjejas oleh pandemik
sedunia, tugas kami semakin penting untuk saling bantu-membantu lebih lagi ketika
mengharungi tempoh kesukaran. Saya berharap kerjasama ini membolehkan rakyat
Selangor untuk mempraktikan amalan dengan mudah tanpa halangan,” kata Tuan
Haji Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif di Lembaga Zakat Selangor
.

Tambahnya, “Zakat yang anda tunaikan amat
penting bagi memastikan kebajikan dan keperluan hidup asnaf di Selangor
terpelihara dan seterusnya dapat menikmati hidup yang lebih baik terutama dalam
waktu krisis ini.”

Seiring dengan langkah menjadikan
e-dompet sebahagian daripada gaya hidup kita yang semakin meningkat, Boost
sedang membangunkan proses pembayaran dan pengumpulan yang lebih efisien
merentasi pelbagai perkhidmatan. Kerjasama antara Boost dan LZS juga diharapkan akan
segera berkembang dengan persediaan yang sedang dikendalikan.

“Kami berharap
usaha sama ini akan meningkatkan keterangkuman, penggunaan dan kepekaan digital
di Selangor. Kami juga menantikan peluang mengukuhkan kerjasama ini dengan
rencana akan datang untuk menjadikan Boost kaedah pembayaran di laman sesawang
Lembaga Zakat Selangor, kaunter pembayaran di setiap cawangan dan ‘Zakat on
Wheels’,” menurut Khairil.

Selain Lembaga
Zakat Selangor, Boost bakal menyediakan pilihan pembayaran zakat untuk Lembaga
Zakat Negeri Kedah dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan.

Mengenai Boost

Boost adalah
aplikasi e-dompet gaya hidup ‘homegrown’ yang bertujuan merevolusi cara
pengguna melakukan transaksi harian. Menggabungkan keperluan gaya hidup dan
teknologi digital masa kini, Boost berusaha untuk memudahkan transaksi, lebih
pantas, lebih selamat & memberi lebih manfaat kepada pengguna secara
keseluruhan.

Boost dilancarkan
secara rasmi pada Januari 2017, sebagai satu platform mendigitalkan salah satu
perkhidmatan teras syarikat telekomunikasi – cara pengguna menambah kredit
prabayar mereka. Boost membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan
telefon bimbit di rakan kongsi Boost tanpa tunai atau kad kredit. Pada akhir bulan
Mac 2020, 7.3 juta pengguna Boost kini boleh membayar di lebih daripada 152,000
rakan niaga di seluruh negara.

Ciri-Ciri Utama

  • Ganjaran melalui BoostUP
  • Ganjaran untuk belanja dalam talian melalui
    CashUp
  • Bayar di peniaga QR UnionPay di Malaysia
  • Membayar bil utiliti dengan rakan kongsi
    seperti Telekom Malaysia, Astro dan Syabas
  • Membayar tempat letak kereta di tepi jalan
    dan berpagar
  • Perkhidmatan bantuan tepi jalan dan
    penyelenggaraan kereta
  • Tempahan dan pembelian tiket pengangkutan
    awam – KLIA Ekspres, KTM, EzCab, CatchThatBus dan Firefly
  • Derma tanpa tunai #DoGoodWithBoost
  • Membeli dan menawarkan baucar digital untuk
    kedia F&B, hiburan, kesihatan & kecantikan
  • Pemisahan bil melalui ciri unik “Go
    Dutch”
  • Membeli prabayar
  • Pemindahan wang dengan percuma
  • Perkhidmatan penghantaran makanan melalui DeliverEat, dahmakan dan
    Eatigo

Pengguna Android boleh memuat turun Boost dari Play
Store manakala pengguna iOS boleh memuat turun dari App Store.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web at https://www.myboost.com.my/ atau ‘follow’ Boost di Facebook (https://www.facebook.com/myboostapp/) dan Instagram (https://www.instagram.com/myboostapp/).





Source link