Artikel Terkini

Bayaran BSH fasa pertama bermula Isnin



KUALA LUMPUR: Pembayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar bermula Isnin 20 Januari hingga Rabu 22 Januari.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, bayaran berjumlah RM300 itu melibatkan hampir 3.8 juta penerima dengan peruntukan keseluruhan lebih RM1 bilion.

Menurut kementerian lagi bagi memastikan program BSH 2020 diterima oleh semua yang layak, tempoh permohonan dan pengemaskinian akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

Penerima BSH yang menerima bayaran fasa pertama BSH 2020 tidak perlu membuat permohonan kecuali terdapat perubahan maklumat untuk dikemaskini.

Proses permohonan dan pengemaskinian ini ditumpukan kepada mereka yang layak berdasarkan syarat BSH 2020 tetapi tidak diluluskan untuk BSH 2019.

Ia termasuk kategori baharu BSH 2020, seperti yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2020 untuk golongan bujang yang berumur 40 tahun dan ke atas.





Source link

Related Posts