Uncategorized

Bekas Guru Di India Menjadi Bilionaire Dengan BYJU’S – The Learning App

Bekas Guru Di India Menjadi Bilionaire Dengan BYJU’S - The Learning App 1


India merupakan sebuah negara dengan bilangan penduduk paling ramai di dunia selepas China. Negara ini mempunyai bahasa yang pelbagai dan kehidupan masyarakat yang berbeza di antara satu sama lain. Negara India juga dikategorikan sebagai sebuah negara yang berkembang dengan pesat daripada segi ekonomi selepas negara china.

Pada tahun ini, India telah melahirkan seorang bilionaire yang merupakan seorang bekas jurutera dan guru yang telah berjaya membangunkan sebuah aplikasi pembelajaran yang menyeronokkan. Pembelajaran di dalam kelas seperti yang kita tahu, merupakan sesuatu yang  bosan dan ramai pelajar tidak suka hadir ke sekolah kerana tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru mengajar.

Pengasas Bernama Byju Raveendran

Aplikasi pembelajaran ini dibangunkan oleh seorang bekas guru yang berasal dari daerah kecil Karala yang bernama Byju Raveendran. Ibu bapanya merupakan seorang guru dalam mata pelajaran fizik dan matematik.

Beliau pula merupakan seorang pelajar jurusan kejuruteraan. Selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah, Byju memulakan kerjayanya sebagai seorang jurutera dengan sebuah syarikat logistik yang berpangkalan di United Kingdom.

Semasa percutian di Bangalore, beliau telah mengajar rakannya dalam mata pelajaran matematik memadangkan beliau mahir dalam mata pelajaran tersebut. Apa yang menariknya, rakannya itu telah berjaya mendapat markah peperiksaan yang tinggi selepas mendapat tunjuk ajar daripadanya.

Proses Yang Sama, Hasil Yang Sama

Pada mulanya, Byju berasa terkejut dan mengaggapnya sebagai nasib baik saja. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, beliau telah mengajar seorang lagi rakanya dalam mata pelajaran matematik dan keputusan yang diperolehi itu juga sangat memberangsangkan.

Sejak daripada peristiwa tersebut, beliau yakin bahawa beliau mempunyai bakat untuk mengajar pelajar yang kurang bijak dalam pelajaran untuk berjaya dalam peperiksaan.

Bekas Guru Di India Menjadi Bilionaire Dengan BYJU’S - The Learning App 2
Stadium merupakan salah satu tempat teknik Byju mengajar ketika fasa perkembangan syarikat ini.

Beliau pun meninggalkan kerjaya sebagai jurutera dan memulakan kerjaya sebagai guru sepenuh masa untuk  program yang dibangunkanya itu. Beliau yang bermula dengan perkhidmatan mengajar dari rumah ke rumah, seterusnya bilangan pelajar yang semakin meningkat dari tahun ke tahun sehingga Byju terpaksa membuat kelas di dewan yang besar dan seterusnya ke peringkat stadium.

Bekas Guru Di India Menjadi Bilionaire Dengan BYJU’S - The Learning App 3
Pekerja di syarikat Byju mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi mempunyai misi yang sama

Pada tahun 2011, Byju telah menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Think and Learn Pvt Ltd. Beliau mula membuat rakaman tentang kaedah pembelajaran yang diajarnya dalam bentuk video sejak tahun 2009.

Guna Teknologi Untuk Bantu Lebih Ramai Orang

Setiap video yang dirakam merupakan cara pembelajaran yang tidak membosankan kerana mempunyai animasi yang membantu pelajar untuk memahami  pelajaran yang sukar difahami.

Bekas Guru Di India Menjadi Bilionaire Dengan BYJU’S - The Learning App 4
Shah Rukh Khan merupakan duta rasmi bagi Syarikat Byju

Pada tahun 2015, syarikat ini telah melancarkan aplikasi pembelajarannya di India yang diberi nama BYJU’S, bersempena dengan nama pengasasnya. Sambutan yang diterima oleh aplikasi ini sangat luar biasa, dan telah dimuat turun di dalam Google Play Store dan juga Apple Store sebanyak 5.5 juta dalam tempoh masa yang singkat.

Bekas Guru Di India Menjadi Bilionaire Dengan BYJU’S - The Learning App 5
Mark Zuckerberg merupakan pelabur luar terawal yang melabur didalam syarikat  Byju

Pada tahun 2016, syarikat ini mendapat perhatian daripada Mark Zuckerberg melalui yayasan Chan Zuckerberg Initiative yang telah melabur sebanyak $50 juta ke dalam syarikat ini. Selain itu juga, ianya mendapat funding daripada syarikat teknologi China, Tencent Holdings Ltd dan juga Qatar Investment Authority.

Jadi Bilionaire Kerana Pegangan Saham Syarikat

Syarikat ini telah dinilai dengan anggaran sebanyak $5 bilion dan secara tidak langsung telah menjadikan pengasasnya seorang bilionaire kerana pegangan sahamnya sebanyak 21% di dalam syarikat tersebut.

Syarikat ini telah mempunyai pelanggan tetap sebanyak 5 juta orang yang membayar yuran sebanyak $145 ke $290 untuk langganan setahun, dan mempunyai pelanggan tetap yang membayar yuran tahunan seramai 2.5 juta orang. Jumlah pengguna sebenar yang menggunakan perkhidmatan ini adalah 35 juta orang dari India.

Dengan pengaruh yang begitu besar yang diimiliki oleh syarikat ini, mereka telah berjaya bekerjasama dengan syarikat gergasi perfileman dunia iaitu Syarikat Disney untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka menggunakan watak Disney bagi menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Di antara watak animasi yang digunakan adalah Simba dan Moana.

Syarikat ini juga akan mengembangkan perniagaan mereka ke Amerika Syarikat dan Britain dan telah membuat kajian secara terperinci mengenai silibus pembelajaran yang diguna pakai oleh kedua-dua negara tersebut. Dengan perkembangan yang begitu positif, tidak mustahil satu hari nanti aplikasi ini akan tersebar ke seluruh dunia dengan menggunakan bahasa ibunda negara masing-masing.

Selain itu juga, tahun ini menyaksikan Byju menggantikan Syarikat Oppo dalam menaja pasukan kriket untuk negara India.

Sumber Rujukan:

Bekas Guru Di India Menjadi Bilionaire Dengan BYJU’S - The Learning App 6

Bekas Guru Di India Menjadi Bilionaire Dengan BYJU’S - The Learning App 7

Komen

komen





Source link