Artikel Terkini

Best Before, Use Before Dan Expiry Date Pada Label Makanan, Apakah Perbezaannya?

Setiap kali sebelum membeli makanan pasti kita semak terlebih dahulu tarikh luput nya. Jika tarikh yang tertera masih lambat, itulah yang kita beli. Betul kah begitu?

Setiap bahan makanan yang dihasilkan akan disertakan dengan tarikh tersebut bagi menjaga tahap kualiti nya agar pengguna sentiasa menerima bahan dalam keadaan yang baik.

Kadangkala, label yang ditunjukkan tidak sama seperti produk lain. Antara expiry date, best before dan use before, ketiga-tiga nya mempunyai makna yang berbeza. Pasti ramai yang keliru kan? Ini perbezaannya!

BEST BEFORE

Label sebegini biasanya akan ada pada makanan yang dipek segar selama 90 hari atau kurang. Ia juga bermaksud bahan atau makanan tersebut telah dipek di tempat lain dan bukannya dijual terus daripada pembekal.

Tahap kesegaran makanan dengan label BEST BEFORE akan berkurang selepas daripada tarikh yang tertera bergantung kepada cara penyimpanannya.

Secara ringkasnya, label BEST BEFORE memberi indikasi bahawa kualiti bahan tersebut akan berkurang dari segi kesegaran, rasa, nutrisi dan juga tekstur. Gunakan deria hidu dan rasa anda untuk menilai kualiti makanan tersebut. Jika ragu-ragu, lebih baik buang saja.

USE BEFORE

Makanan dengan label USE BEFORE atau USE BY perlu dimakan sebelum tarikh tertera. Tujuanny adalah bagi menjaga kesihatan dan keselamatan pembeli. Jika termakan selepas tarikh tertera, mungkin akan mendatangkan bahaya.

Perbezaan Best Before dan Use Before :

Best Before – Masih selamat dimakan selepas tarikh sepatutnya walaupun pada hakikatnya kualiti makanan telah berkurang

Use Before – Dilarang makan jika sudah melepasi tarikh sepatutnya kerana makanan sudah tercemar

EXPIRY DATE

EXPIRY DATE biasa terdapat pada produk seperti susu formula, suplemen atau cecair formula. Selepas tarikh luput, bahan tersebut tidak akan mempunyai nilai  nutrisi yang sama seperti pada label. Ia tidak boleh lagi dimakan dan perlu dilupuskan.

Jangan ambil mudah dengan kepentingan label ini kerana jika termakan bahan yang sudah melepasi tarikh sepatutnya, ia boleh mendatangkan musibah yang tidak dijangka. Jadi, jadilah pembeli yang bijak dan berhemah. Hati-hati!

 

 


Source link