Artikel Terkini

Betul Ke KWSP Jual Aset Negara Sebab Jual Saham Top Glove?


Baru-baru ini ianya menjadi tajuk sensasi mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjual aset negara apabila telah menjual saham yang dimilikinya.

“Sebab apa nak jual sekarang?”
“Kerajaan dah takde duit sangat ke?”
“Kenapa nak jual aset negara kepada orang lain?”

Bawa bertenang, kita fahamkan betul-betul dulu apa yang berlaku.

KWSP Jual 3.3 Juta Saham Top Glove

Top Glove ni saham syarikat dia tersenarai di Bursa Malaysia. Bukan cakap KWSP, kita pun boleh jual beli saham dia dan banyak lagi saham syarikat lain yang patuh syariah.

Sebagai contoh dan inspirasi sila rujuk gambar ini (orang yang beli ni target untuk jual bila pulangan cecah 50%).

Memang betul KWSP telah jual lebih daripada 3.3 juta saham pegangan mereka di dalam Top Glove pada 6 April 2020 yang lalu.

Sumber: Bursa Malaysia

Kita boleh lihat sendiri penjualan tersebut melalui pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia.

KWSP Masih Pemegang Saham Ketiga Terbesar Top Glove

Sumber Rujukan: Bursa Marketplace

Namun, KWSP masih lagi merupakan pemegang saham ketiga terbesar bagi syarikat Top Glove ini. KWSP masih lagi mempunyai 127 juta saham dalam Top Glove dengan hampir 5% daripada keseluruhan saham syarikat.

KWSP Aktif Jual Beli Saham Top Glove

Sumber: MalaysiaStockBiz

Sudah menjadi perkara biasa untuk pelabur institusi seperti KWSP jual beli saham dengan kerap. Hari-hari pun ada.

Bila saham tengah panas, ada demand yang banyak, itulah masa yang sesuai untuk KWSP jual. Bahasa trader saham selalu guna “take profit”.

Atau jual untuk cut loss, bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar lagi.

Pelabur institusi seperti KWSP pastinya ada mandat dan sebab tersendiri untuk jual beli sesuatu saham syarikat. Dana KWSP sangat besar, nak dekat RM1 trillion. Kenapa jual sekarang tak jual esok lusa, itu kena tanya pengurus dana (fund manager) KWSP apa sebabnya.

KWSP Pun Jual Beli Saham Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Siapa yang tak kenal syarikat TNB ni kan? Syarikat yang membekalkan elektrik kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau diikutkan, KWSP merupakan shareholder ketiga terbesar TNB, selepas Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Penjualan saham TNB juga aktif dijalankan. Adakah tindakan KWSP jual saham TNB ini seolah-olah menjual ‘aset negara’ juga?

Sumber: Bursa Malaysia

Ni lagi best kami nak tunjuk, jual beli dalam hari yang sama (20 April 2020). Jual (disposed) aset negara dan beli (acquired) balik aset negara pada hari yang sama?

Kalau diikutkan memang tak logik kan?

Sumber: MalaysiaStockBiz

Sebab apa KWSP banyak transaksi jual beli saham TNB?

Dah beli, pergi jual pula…
Dah jual, pergi beli balik… why bro?

Sekali lagi, itu hanya fund manager KWSP yang boleh jawab, sebab kita pelabur runcit biasanya jual sebab dah untung; atau jual sebab dah sampai waktu (cut loss) agar kita tak mengalami kerugian yang lebih besar.

Harapan kami semoga lebih ramai lagi masyarakat di luar sana dapat terlibat dalam pelaburan saham yang sah dan patuh syariah di Bursa Malaysia.

Alang-alang tu layan sekali video kami berkenaan industri glove di Malaysia.



Source link