Artikel Terkini

Biar Tak Bergaya, Asalkan Poket Kita Kaya


Apakah yang dimaksudkan dengan “poket kaya?”

Poket yang masih berisi wang dan juga kad yang mampu memberi kita bantuan di waktu kita amat memerlukannya, seperti kad bank, kad kredit dan kad perubatan.

Bukan tidak boleh bergaya, boleh. Tapi berpada-padalah. Sesuai dengan diri sendiri dan keperluan.

Lihat contoh pasangan suami isteri Mark Zuckerberg yang mempunyai net worth $55.1 bilion USD, Warret Buffet pula $72.6 bilion USD dan Bill Gates dengan $98.9 billion USD. Mereka ini bergaya secara sederhana apabila di luar dan bergaya mengikut keperluan dan lokasi.

Jika urusan formal, sudah tentu mereka mengenakan pakaian formal.

Kurangkan gaya, tingkatkan ilmu dan simpanan serta berani melabur.

Bolehkah Melabur Dan Menyimpan Sekaligus?

Boleh! Mulakan secara kecil-kecilan dengan melabur di Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan secara tunai dalam unit amanah. Boleh simpan wang di Tabung Haji. Bagi yang suka emas, silakan kumpul dan melabur ke dalam emas.

Labur dalam perkara yang anda suka, faham dan berani. Suka dengan pelaburan hartanah? Silakan, takde masalah.

Berdasarkan piramid hirarki keperluan Maslow, seorang manusia perlukan 5 keperluan iaitu daripada segi fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan, dan hasrat diri. Apabila berlakunya wabak Covid-19 ini, isu keperluan bergaya dan status diri sudah menjadi tidak penting.

Yang paling penting sekarang adalah keperluan fisiologi iaitu makanan, air, udara bersih, tidur yang tenang serta keselamatan diri dengan kempen #StayAtHome dan emosi.

Nasib baik kita sudah punyai rangkaian internet di mana kita masih boleh berhubung melalui telefon, WhatsApp, video call dan bermacam-macam lagi. Piramid penghargaan dan hasrat diri akan muncul apabila keadaan sudah semakin pulih.

Ia juga mempunyai kaitan dengan keadaan ekonomi seseorang juga. Apabila seseorang berjaya kebal dalam keadaan sukar ini, kita perlu tanya apakah persiapan yang telah dilakukannya?

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Kewangan adalah soal survival, bukan untuk bergaya dengan barang mewah, melainkan kita sudah betul-betul mampu. Ingin tahu mereka mampu yang sebenarnya, adalah ketika waktu sukar dan berlakunya kegawatan ekonomi.

Walaupun mampu, seeloknya ketika ini kita turunkan gaya hidup.Waktu ini ramai emosi yang terusik, atau lebih teruk lagi kejadian tidak diingini boleh berlaku seperti rompakan atau wujudnya pelbagai scammer kerana  tuntutan hidup.

Di kala pandemik Covid-19 ini memberi cabaran kepada hampir seluruh penduduk dunia. Ia turut dirasai mereka yang kaya dan lagi terkesan kepada yang tidak mampu. Ini adalah tindakan kerajaan bagi membantu mereka yang terkesan dengan situasi ini.

Boleh mohon jika anda bekerja sendiri seperti Makcik Kiah berniaga goreng pisang, artis atau mereka yang tiada pendapatan tetap. Usah malu dan segan, kerajaan nak bantu, kita rebut peluang yang ada.

Boleh semak status untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bermula 1 April 2020 di http://www.bpn.hasil.gov.my.

Selain daripada itu, kita boleh manfaatkan perkhidmatan internet untuk mencari maklumat berguna mahu pun mewujudkan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendii dan orang lain. Masa inilah nak buat blog, jual barang melalui e-commerce, menghasilkan e-book atau saluran YouTube sendiri.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu

Sumber Rujukan:



Source link