Uncategorized

Bil Elektrik Tinggi? Semak Bil TNB Terkini Dan Terdahulu Dengan myTNB Portal Online

Bil Elektrik Tinggi? Semak Bil TNB Terkini Dan Terdahulu Dengan myTNB Portal Online 1


Ada yang merungut dengan mengatakan bil elektrik mereka tinggi daripada biasa. Tapi berapa banyak beza dengan bil sebelum ini?

Ada pula urusan yang memerlukan kita mendapatkan transaksi atau bil bayaran TNB terkini dan terdahulu, tetapi bagaimana caranya untuk menyemak segala bil jika semua bil-bil tidak disimpan?

“Aduh, saya pun pening fikirkan cara untuk semak bil bayaran bulan ini, sebab bil yang terima hari tu sudah hilang. Tak tahu nak bayar berapa”

Eh, sampai tak ingat pula berapa nak bayar. Tak perlu susah-susah nak fikir, sebenarnya kita boleh buat semakan melalui Portal Online myTNB sahaja. Jom lihat cara-cara semak bil TNB terkini dan terdahulu.

Proses Pendaftaran

1. Daftar di https://www.mytnb.com.my/

Layari laman web myTNB, pilih bahagian daftar portal myTNB. Kemudian, lihat bahagian atas yang tertulis Register. Pilih register di TNB Account.

Klik dan isi maklumat pendaftaran anda seperti nama, nombor kad pengenalan, emel, kata laluan dan tekan Create Account.

Bil Elektrik Tinggi? Semak Bil TNB Terkini Dan Terdahulu Dengan myTNB Portal Online 2

2. Pengesahan Emel

Semak emel anda, Portal TNB akan menghantar emel pengesahan kepada anda untuk mengesahkan pendaftaran. Anda perlu masuk ke emel anda dan tekan pautan pengesahan yang diberi.

Setelah akaun anda berjaya disahkan, anda boleh terus masuk di portal TNB dengan mengisi emel serta kata laluan yang diletakkan tadi.

Bil Elektrik Tinggi? Semak Bil TNB Terkini Dan Terdahulu Dengan myTNB Portal Online 3

3. Setting Akaun

Sebelum membuat semakan bil, anda harus kemaskini akaun anda dengan memasukkan maklumat penting seperti nombor akaun TNB yang tertera pada bil anda setiap bulan, iaitu 14 digit bagi No Akaun Lama dan 12 digit bagi No Akaun Baru.

Pergi ke bahagian Dashboard dan Manage Account. Pilih Own Account dan klik Add Account. Kemudian isi no akaun tnb anda. Jika anda guna banyak nombor akaun, ulang step no 3 ini.

4.  Manage Account

Pergi ke bahagian Dashboard seperti biasa dan klik View Detail.  Anda boleh melihat jumlah bil terkini, tarikh dan maklumat penting yang harus anda tahu mengenai bil anda pada bulan tersebut.

Bil Elektrik Tinggi? Semak Bil TNB Terkini Dan Terdahulu Dengan myTNB Portal Online 4

Anda juga boleh ke tab Manage
Account
dan semak secara terperinci dengan menekan Account Information.

Bil Elektrik Tinggi? Semak Bil TNB Terkini Dan Terdahulu Dengan myTNB Portal Online 5

KreditMySumber

5.  Manage Account

Sama seperti tadi, anda balik ke Dashboard dan pergi ke Manage Account, kemudian akan lihat Own Account. Dari Own Account, klik View di bahagian Action.

Bil Elektrik Tinggi? Semak Bil TNB Terkini Dan Terdahulu Dengan myTNB Portal Online 6

6.  Billing And Payment History

Di bahagian Manage Account pula, anda boleh masuk ke Billing and payment history untuk melihat bil-bil tnb anda terdahulu. Anda dapat melihat bil mengikut bulan-bulan lepas beserta jumlahnya.

Klik Print untuk melihat secara jelas dan lebih terperinci.

Bil Elektrik Tinggi? Semak Bil TNB Terkini Dan Terdahulu Dengan myTNB Portal Online 7

KreditHasrulHassan

Anda juga boleh install aplikasi myTNB di dalam telefon bimbit anda dengan mudah dan cepat. Boleh muat turun di Google Play Store dan Apple App Store.

Gunakan dari telefon bimbit pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Mudah kan?

Bil Elektrik Tinggi? Semak Bil TNB Terkini Dan Terdahulu Dengan myTNB Portal Online 8

Komen

komen





Source link