Artikel Terkini

Bill Ackman Beri Pulangan Sebanyak 58.1% Kepada Pemegang Saham Syarikatnya


Cuba bayangkan kita labur RM1,000 ke dalam sebuah intitusi pelaburan dan dalam masa setahun ianya telah menjdi RM1,580. Dan yang paling penting, pelaburan tersebut adalah sah di sisi undang–undang, menarik bukan?

Ya, benda itu tidak mustahil tetapi jarang sangat berlaku di dalam dunia pelaburan saham. Namun ianya tetap berlaku apabila Bill Ackman telah memberikan pulangan yang lumayan kepada pemegang saham syarikatnya. Beliau telah mengisytiharkan pulangan sebanyak 58.1% pada tahun lepas melalui syarikat hedge fundnya yang bernama Pershing Square Capital Management.

Bill Ackman merupakan pengurus hedge fund tersebut yang diasaskan beliau pada tahun 2004 dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pelaburan saham sebelum menubuhkan syarikat ini.

Beliau telah berjaya mengalahkan kebanyakan hedge fund di Amerika Syarikat termasuk hedge fund yang terkenal di dunia yang mempunyai aset pengurusan yang terbesar, iaitu Ray Dalio. Kebanyakan  industri hedge fund pada tahun lepas mempunyai pulangan yang kurang memberangsangkan termasuklah Ray Dalio sendiri.

Buat masa ini, dana hedge fund dianggarkan bernilai $3 trilion daripada segi pengurusan aset.

Sebelum dapat mengecapi hasil pulangan yang sangat luar biasa pada tahun lepas, Bill Ackman sebenarnya telah mengalami zaman suram dan kegagalan sejak 5 tahun kebelakangan ini. Syarikatnya itu telah mengalami kerugian yang sangat besar jika dibandingkan dengan market capitalization syarikatnya sebanyak $20 billion di zaman kemuncak syarikat tersebut.

Kesilapan Bill yang memiliki saham Syarikat Vealant menyebabkan beliau kehilangan sebanyak $4 bilion

Kesilapan yang berlaku pada tahun 2015 telah menjadikan dirinya lebih berhati-hati dalam dunia pelaburan. Dalam peristiwa tersebut, Bill telah tersilap percaturan dengan membeli saham sebuah syarikat farmasi dengan harga yang sangat tinggi.

Beliau telah membeli saham Syarikat Valeant Pharmaceuticals yang mana saham syarikat itu telah susut nilai sebanyak 96% daripada nilai harga asal pada tahun 2017, ketika syarikat itu berada di puncak pada tahun 2015.

Dengan penurunan nilai hampir yang mendadak hanya dalam masa dua tahun sahaja, beliau telah menjual saham syarikat tersebut pada harga $11 seunit berbanding harga yang dibelinya iaitu $257 seunit.

Dengan kesilapan tersebut, Bill telah mengakibatkan syarikatnya mengalami kerugian sebanyak $ 4 billion.

Kesilapan Bill yang memiliki saham Syarikat Vealant menyebabkan beliau kehilangan sebanyak $4 bilion

Selain daripada itu, Bill juga telah turut mengalami kerugian yang tinggi dalam pembelian Syarikat Herballife yang mana mengamalkan model perniagaan multi-level marketing.

Beliau mengalami kerugian sebanyak $1 bilion sepanjang 5 tahun memegang saham syarikat tersebut dan juga perang mulut di antara dirinya dengan salah seorang pelabur lagenda iaitu Carl Icahn berlaku, akibat persaingan saham syarikat tersebut yang mana menyaksikan Carl Icahn telah mendapat keuntungan sebanyak $1 bilion dari peristiwa tersebut.

Seterusnya, Bill juga turut mengalami kerugian yang berterusan akibat daripada memiiliki saham syarikat makanan Chipotle Mexican Grill yang mana syarikatnya memiliki pegangan sebanyak 10.3%.

Kesan daripada peristiwa tersebut, Pershing Square Capital Management telah mengalami kerugian yang sangat besar.

Pada tahun 2015, syarikatnya telah mencatat kerugian sebanyak 20.5% manakala pada tahun 2016, syarikat itu telah kerugian sebanyak 13.5%. Seterusnya pada tahun 2017, syarikatnya telah kerugian sebanyak 4% pula.

Dengan jumlah keseluruhan kerugian yang dialami oleh hedge fund kendalian Bill, jumlah asset yang dimiliki oleh hedge fund tersebut adalah sebanyak $8.2 bilion pada tahun 2018.

Beliau akhirnya bangkit dengan bergaya pada tahun lepas. Ini adalah disebabkan oleh syarikatnya yang membeli saham Berkshire Hathaway Class B. Beliau yang membuat pertaruhan (bukan pertaruhan tanpa ilmu ya!) dengan membeli saham tersebut telah berjaya memberi pulangan yang sangat luar biasa untuk syarikatnya. Kalau nak tahu, beliau menjadikan Warren Buffett sebagai mentor saham pelaburannya.

Beliau telah membeli saham tersebut setelah membaca laporan tahunan yang dikeluarkan Warren Buffett pada tahun 1969. Di dalamnya, Warren menyatakan adalah sukar untuk melakukan pelaburan dalam masa yang singkat dan memberi pulangan yang berganda.

Bill yang terkesan dengan laporan tersebut dan telah menukar teknik pelaburan ke arah value investing. Beliau telah membeli saham bernilai $686 juta Berkshire Hathaway Class B.

Beliau mengaku telah membuat banyak kesilapan dalam pelaburan sebelum ini dan telah menukar gaya pelaburan sama seperti Warren Buffet dengan melabur ke dalam industri yang beliau benar-benar faham.

Selain menukar strategi pelaburanya, Bill juga menyatakan perkahwinan dengan isterinya sekarang juga memberi impak yang positif kepada dirinya dan menyumbang kepada kejayaannya tahun lepas.

Kita boleh mengambil pengajaran bahawa pasaran saham ini merupakan pasaran yang berisiko dan kena amat berhati-hati di dalam membuat pilihan tempat untuk melabur. Kita juga perlu tanam di dalam fikiran yang kita pasti akan berjaya jika kita tidak berputus asa.

Sumber Rujukan: Yahoo! Finance



Source link