Infotainment

10 Kejayaan Yang Berjaya Dicapai Oleh Proton Sepanjang 2020

10 Kejayaan Yang Berjaya Dicapai Oleh Proton Sepanjang 2020 2

Tahun 2020 pastinya menjadi tahun yang tidak dapat dilupakan oleh orang ramai. Walaupun pelbagai perniagaan menghadapi pelbagai kesulitan akibat pandemik COVID-19, tidak bagi jenama kereta buatan tempatan, Proton.

Proton berjaya menempa beberapa kejayaan yang membanggakan sepanjang tahun 2020. Di sini kami kongsikan 10 kejayaan Proton sepanjang tahun lalu.

1. Proton melancarkan model X70

vocket-10-Kejayaan-Proton-Yang-Berjaya-Dicapai-Sepanjang-Tahun-2020-x70-2020

Pada 12 Februari 2020, Proton melancarkan Proton X70 2020, iterasi terbaru segmen pengeluar kenderaan utiliti sukan (SUV) terkemuka hari ini. Pada model Proton X70 2020, pelbagai ciri dan teknologi baru telah digunakan untuk meningkatkan lagi nilai tambah kenderaan yang telah memenangi pelbagai anugerah. Proton X70 berjaya terjual 21,944 unit pada November 2020, menjadikan SUV segmen C tertinggi yang mendapat sambutan pelanggan.

2. Proton berjaya buat jualan tertinggi sepanjang 8 tahun

vocket-10-Kejayaan-Proton-Yang-Berjaya-Dicapai-Sepanjang-Tahun-2020-jualan-tertinggi

Proton berjaya menutup akhir tahun 2020 dengan jumlah jualan sebanyak 109,716 unit berbanding 100,821 unit yang terjual pada tahun 2019. Tahun 2020 mencatat pertumbuhan jualan tertinggi Proton semenjak tahun 2012.

3. Proton X50 pula dilancarkan

vocket-10-Kejayaan-Proton-Yang-Berjaya-Dicapai-Sepanjang-Tahun-2020-x50

Pada 27 Oktober 2020 yang lalu, Proton secara rasmi melancarkan Proton X50, model SUV yang kedua melalui saluran media sosialnya. Sebanyak 3,787 unit telah berjaya dijual pada November 2020, menjadikan SUV segmen B ketiga tertinggi yang terjual.

4. Geely dan DRB-HICOM bekerjasama dalam menyediakan bekalan perubatan ke Malaysia

vocket-10-Kejayaan-Proton-Yang-Berjaya-Dicapai-Sepanjang-Tahun-2020-sumbangan

Pada 30 April 2020, Geely Holding Group bekerjasama dengan DRB-HICOM menyumbang peralatan perubatan yang bernilai RM5.5 juta (USD1.3 juta) kepada kerajaan Malaysia untuk membantu memerangi Pandemik COVID-19 di negara kita. Sumbagan tersebut telah diedarkan ke sekitar 55 hospital yang diperuntukkan oleh Kementerian Kesihatan di seluruh negara.

5. Proton menghantar face shield Kepada Frontliner

vocket-10-Kejayaan-Proton-Yang-Berjaya-Dicapai-Sepanjang-Tahun-2020-perisai-wajah-frontliner

Pada 16 April 2020, Proton telah membuat kira-kira 120,000 perisai wajah dan menghantar 8,000 unit perisai wajah ke hospital di negeri Kelantan diikuti oleh negeri-negeri pantai Timur yang lain untuk membantu para frontliners memerangi penyebaran virus COVID-19 di Malaysia.

6. Proton X70 Dan Proton Saga dilancarkan di Pakistan

vocket-10-Kejayaan-Proton-Yang-Berjaya-Dicapai-Sepanjang-Tahun-2020-x70-saga-pakistan

Pada 9 Disember 2020, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia kepada negara Pakistan mengumumkan bahawa Proton akan melancarkan model X70 pada 18 Disember di Pakistan. Manakala untuk model Proton Saga pula, akan dilancarkan pada Januari 2021. Kedua-dua model ini akan diedarkan oleh Al-Haj Automotive sebagai rakan kongsi tempatan.

7. Proton melancarkan Proton Saga Edisi Ulang Tahun Ke-35

vocket-10-Kejayaan-Proton-Yang-Berjaya-Dicapai-Sepanjang-Tahun-2020-proton-saga-ulang-tahun-35

Pada 9 Julai 2020, Proton telah mengadakan sebuah pelancaran maya pertama melalui media sosial bagi meraikan ulang tahun ke-35 Proton Saga yang dibina pada tahun 1985. Model tersebut terhad kepada 1,100 unit sahaja dan ianya habis dijual.

8. Proton memperkenalkan Proton Intelligent Air Purification System (P-IAPS)

vocket-10-Kejayaan-Proton-Yang-Berjaya-Dicapai-Sepanjang-Tahun-2020-ppias

Pada 12 Mei 2020, Proton telah memperkenalkan Proton Intelligent Air Purification System (P-IAPS), yang akan ditawarkan sebagai peralatan standard pada Proton X70 2020. Sistem ini menggabungkan kelebihan Penapis Kabin N95 dan Sistem Pembersih Udara untuk menawarkan kaedah yang komprehensif untuk meningkatkan kualiti udara di dalam kabin kereta.

9. Proton Saga versi CKD masuk pasaran Kenya

vocket-10-Kejayaan-Proton-Yang-Berjaya-Dicapai-Sepanjang-Tahun-2020-kenya

Pada 22 Ogos 2020, Proton telah menghantar 30 unit kereta Proton Saga menaiki kapal dalam bentuk CKD yang dileraikan dan akan dipasang di negara Afrika oleh Simba Corporation, sebuah konglomerat yang berpengalaman dalam penjualan dan pemasangan kereta di Kenya.

10. Brunei menjadi pasaran eksport pertama untuk model Proton yang dikemas kini

vocket-10-Kejayaan-Proton-Yang-Berjaya-Dicapai-Sepanjang-Tahun-2020-brunei

Pada 13 Januari 2020, negara Brunei telah menjadi negara pertama yang menerima model-model kereta Proton yang telah dikemas kini melalui Pad Motors Sdn Bhd, pengedar untuk Proton di Brunei. Antara model-model kereta Proton yang diterima ialah Proton Iriz, Saga dan Persona.

Apa pula rancangan Proton untuk tahun 2021? Pastinya lebih banyak model hebat akan diperkenalkan untuk pengguna. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Jika anda berminat untuk memiliki Proton X50, ini kiraan yang anda perlu tahu sebelum membuat pembelian model ini. Baca pada pautan di bawah.

Lelaki Ini Kongsikan Jangkaan Susut Nilai Proton X50 Selepas Lima Tahun Penggunaan

Bukan Sekadar Hiasan, Ini Maksud Sebenar Bagi Pelekat Kereta Jepun

Lebih ‘Classy’ Dan Matang, Honda Tampilkan Pandang Pertama Civic Generasi Kesebelas




10 Kejayaan Yang Berjaya Dicapai Oleh Proton Sepanjang 2020 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo