Berita

10 pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran hospital


AFP

Bucharest: Seramai 10 pesakit Covid-19 maut, manakala yang lain kritikal termasuk pegawai perubatan, selepas unit rawatan rapi hospital di timur laut Romania terbakar, petang semalam.

Kebakaran yang berlaku di bandar Piatra Neamt berjaya dikawal oleh perkhidmatan kecemasan dalam tempoh sejam, menurut jurucakap hospital Irina Popa.

“Sepuluh orang disahkan maut dan tujuh lagi dalam keadaan kritikal termasuk doktor,” katanya.

Menurutnya, daripada jumlah itu, lapan mangsa rentung dan dua orang meninggal dunia ketika proses pemindahan ke tempat selamat.

Doktor bertugas yang cuba menyelamatkan mangsa juga mengalami lecur tahap dua dan tiga yang mencecah 80 peratus di seluruh badan, kata pasukan penyelamat.

Punca kebakaran belum dapat dipastikan dan pejabat pendakwaan membuka siasatan terhadap tragedi itu, sementara Kementerian Kesihatan negara berpendapat kebakaran mungkin berpunca daripada litar pintas.

Romania dengan 19 juta penduduk antara negara termiskin di kesatuan Eropah dan kemudahan kesihatannya terhad untuk menangani peningkatan kes.

Pada Sabtu, sebanyak 129 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di negara itu, menjadikan jumlah kumulatif mencecah 8,813 kes sejak pandemik menular.



Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo