Artikel Terkini

100 hari Muhyiddin: Perjuangan pemulihan ekonomi jadi penentu legasi

100 hari Muhyiddin: Perjuangan pemulihan ekonomi jadi penentu legasi 1

100 hari Muhyiddin: Perjuangan pemulihan ekonomi jadi penentu legasi 2

100 hari Muhyiddin: Perjuangan pemulihan ekonomi jadi penentu legasi 3

KUALA LUMPUR: Perjuangan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memulihkan ekonomi bakal menjadi penentu kepada legasi yang akan dipahat dalam memori rakyat Malaysia.

Pensyarah kanan politik dan hubungan antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ia antara indikasi dalam menentukan kelangsungan politik Muhyiddin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

“Saya melihat kalau dia (Muhyiddin) berjaya membawa balik keyakinan khususnya pelabur asing datang melabur di Malaysia, keyakinanan rakyat kepada kemampuan ekonomi dan rakyat pun ada duit poket lebih untuk berbelanja sebagainya untuk merancakkan semula ekonomi.

“Dengan kemampuan itu, rakyat dalam negara dan para pelabur luar negara akan ada keyakinan kepada kepimpinan beliau dan seterusnya akan memberi sokongan kepada beliau untuk terus mentadbir negara dengan lebih baik.

“Kejayaan daripada dasar ekonomi yang dilaksanakan itu akan menentukan hala tuju dan legasi beliau sebagai pemimpin yang baik untuk menghadapi PRU akan datang,” ujarnya ketika ditemu bual Astro AWANI hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan genap 100 hari pentadbiran Muhyiddin selaku Perdana Menteri Ke-8.

Menurut beliau, tiga krisis utama dalam tempoh 100 hari terpaksa dilalui Muhyiddin ialah politik, kesihatan dan ekonomi.

Azizuddin berkata, keterbukaan dan kesediaan Muhyiddin menerima pandangan pakar kesihatan dalam menangani pandemik COVID-19 terutama dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sesuatu yang harus dipuji.



100 hari Muhyiddin: Perjuangan pemulihan ekonomi jadi penentu legasi 2

Source link