Berita

102 sekolah menengah di Sabah catat kes Covid-19

102 sekolah menengah di Sabah catat kes Covid-19 2

Kota Kinabalu: Sebanyak 102 daripada 221 sekolah menengah di Sabah disahkan mempunyai kes Covid-19 yang membabitkan pelajar dan guru sekolah terbabit.

Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, kes di sekolah terbabit dikesan antara 16 Januari lalu sehingga hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan kes Covid-19 di sekolah dikesan berpunca daripada penularan luar iaitu kontak rapat dalam kalangan ahli keluarga mereka yang dijangkiti.

Katanya, tindakan pencegahan dilaksanakan di semua sekolah terbabit sebaik siasatan dan penilaian risiko jangkitan dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

“JKNS akan membuat penilaian setiap kes dilaporkan dan jika ada bukti penularan virus menyebabkan terjadinya kluster di sekolah, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan membuat keputusan untuk menutup sekolah.

“Aktiviti persekolahan akan dihentikan selama 10 hari untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 dan penutupan sekolah membolehkan kontak rapat kes disaring dengan lebih berkesan.

“Sekiranya pengesanan kes dapat dilakukan dengan awal sebelum terjadinya kluster, kontak rapat akan disaring dan diasingkan dalam kuarantin,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 Sabah, di sini, malam ini.

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata, aktiviti persekolahan boleh diteruskan dengan pengamalan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan pemantauan simptom dalam kalangan pelajar dan guru.

Mengenai lapan sekolah ditutup akibat penularan Covid-19 di Sandakan sebelum ini, beliau berkata, semua sekolah terbabit dibuka semula dengan pematuhan SOP ketat.

Menurutnya, sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah (SM) St Mary, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Sapi, SMK Elopura Bestari, SMK Perempuan Sandakan, SMK Sandakan, Kolej Vokasional Sandakan, SM St Cecelia Dan SMK Agama Run Juhar.

Katanya, sehingga kini, seramai empat pelajar dan 14 guru di lapan sekolah terbabit dikesan positif Covid-19.

102 sekolah menengah di Sabah catat kes Covid-19 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo