Artikel Terkini

12 Ciri Wanita Yang Bijak Urus Kewangan Dan Tak Boros

12 Ciri Wanita Yang Bijak Urus Kewangan Dan Tak Boros 1

12 Ciri Wanita Yang Bijak Urus Kewangan Dan Tak Boros 2

Wanita selalu dikenali sebagai seorang yang gemar membeli-belah! Mana tidaknya, pasti mereka berminat dengan pelbagai barangan perhiasan, pakaian, makanan dan sebagainya. Apabila suka berbelanja, sikap boros kemungkinan akan mempengaruhi diri seseorang.

Namun, tahukah anda, tidak semua wanita seperti itu. Ada juga yang jenis bijak urus kewangan dan tidak boros.

Jom kami kongsikan 12 ciri wanita bijak urus kewangan dan tidak boros. Sekiranya anda kenal wanita yang memiliki ciri-ciri ini, maka sayangilah mereka ketat-ketat.

1. Mempunyai Skim Perlindungan Diri

Hari ini, golongan wanita bukan lagi golongan yang lemah sepenuhnya. Mereka juga mampu untuk mencapai apa sahaja yang mereka inginkan.

Bagi wanita yang bijak dan memikirkan risiko dalam kehidupan mereka, pasti akan sediakan pelan perlindungan diri untuk diri sendiri.

2. Baca Buku Kewangan

Wanita bijak urus kewangan juga gemar membaca buku yang berkaitan dengan kewangan. Kehidupan mereka dapat dibezakan melalui ilmu dengan para wanita yang lain.

Bagi mereka yang berilmu, pastinya tidak akan terikut-ikut orang lain dan mempunyai prinsip hidup yang kukuh dan tidak berharap kepada orang lain.

3. Suka Buat Duit Dan Berjiwa Keusahawanan

Wanita yang bijak urus kewangan juga amat berdikari dalam mencari wang dan tidak mengharapkan wang suami semata-mata. Daripada muda lagi, mereka jenis suka berdikari dan mencari peluang untuk buat duit.

Adakalanya ciri wanita bijak urus kewangan ini juga adalah mereka ini berjiwa entrepreneurship dan suka berniaga. Ada yang menjadikan perniagaan sebagai kerjaya sampingan mereka walaupun mempunyai kerja tetap.

4. Tidak Pernah Berhenti Belajar

Makin banyak ilmu, makin bijak seseorang. Wanita yang bijak urus kewangan juga bersifat tidak pernah berhenti belajar.

Mereka sentiasa ingin mengembangkan kewangan ke arah yang lebih baik. Ilmu kewangan adalah perkara yang mereka paling sukai.

5. Berdaya Saing

Wanita jenis bijak urus kewangan juga berfikiran berdaya saing. Mereka merasakan bahawa ‘kenapa dia tidak mampu sedangkan orang lain boleh?’. 

Justeru, mereka mempunyai tekad yang kuat untuk berjaya dalam kehidupan.

6. Mempunyai Sasaran Kewangan Jangka Masa Panjang

Mempunyai sasaran kewangan jangka masa panjang juga merupakan di antara ciri wanita bijak urus kewangan dan tidak boros.

Dengan adanya objektif yang jelas, mereka akan membuat strategi tertentu bagi mencapai sasaran jangka masa panjang.

7. Konsisten Menyimpan

Sentiasa konsisten dalam menyimpan wang adalah perkara asas dalam perancangan kewangan. Kita disarankan untuk menyimpan 10% daripada gaji setiap bulan atau lebih daripada itu.

Mereka yang ada tabiat menyimpan akan lebih berjimat-cermat dan tidak boros dalam berbelanja.

8. Berdisiplin

Seseorang yang berjaya dalam memastikan status kewangan mereka cantik adalah mereka yang terlebih dahulu berfikir apa yang perlu dibeli atau pun tidak. Sekiranya barangan yang dimiliki masih elok, mereka tidak akan menukarkannya kepada yang baru.

Mereka sangat berdisiplin dalam menguruskan wang.

9. Ingin Matlamat Kewangan Tercapai

Sesiapa sahaja pun pasti inginkan matlamat diri sendiri tercapai, betul tak? Jadi, wanita bijak urus kewangan ini akan melakukan apa sahaja asalkan matlamat kewangan mereka tercapai. 

Oleh itu, mereka selalu fokus dalam hal-hal yang melibatkan duit.

10. Tidak Mengubah Bajet Mereka

Mereka juga cenderung dengan mengikut betul-betul bajet yang telah ditetapkan. Oleh itu, berbelanjalah mengikut bajet dan nafsu untuk berbelanja di luar bajet pun akan berkurang.

11. Hidup Dengan Kesederhanaan

Wanita yang bijak tidak akan menunjuk-nunjuk dan akan berbelanja apabila perlu sahaja. Ini kerana, mereka suka menyimpan dan memahami konsep serta nilai wang.

12. Buat Simpanan Dalam Bentuk Emas

Kita semua tahu bahawa emas dan wanita sememangnya tidak asing lagi. Ramai sungguh wanita yang suka barangan emas perhiasan.

Namun, wanita yang bijak urus kewangan biasanya akan menggunakan emas tersebut dan dijadikannya sebagai salah satu bentuk simpanan. Wanita jenis ini juga lebih suka emas dalam bentuk dinar emas atau pun gold bar.

Sumber Rujukan: Public Gold Bangi

Iklan


12 Ciri Wanita Yang Bijak Urus Kewangan Dan Tak Boros 3

Iklan

12 Ciri Wanita Yang Bijak Urus Kewangan Dan Tak Boros 4

12 Ciri Wanita Yang Bijak Urus Kewangan Dan Tak Boros 2

Source link