Berita

121,297 diberhenti kerja, menganggur akibat Covid-19

121,297 diberhenti kerja, menganggur akibat Covid-19

121,297 diberhenti kerja, menganggur akibat Covid-19 1

Kuala Lumpur: Sebanyak 121,297 kes pemberhentian kerja dan pengangguran direkodkan sepanjang 2020 sehingga 21 Februari lalu.

Selain itu, sebanyak 107,024 kes dilaporkan tahun lalu, manakala sehingga 21 Februari sebanyak 14,273 kes lagi dilaporkan tahun ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pandemik Covid-19 memberi kesan yang besar kepada masalah pengangguran di negara ini.

“Bagi mengatasi masalah pemberhentian kerja dan pengangguran itu, kerajaan menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (MPN) iaitu badan tertinggi dalam penetapan dasar dan strategi serta pemantauan pelaksanaan inisiatif berkaitan penciptaan pekerjaan.

“Tahun ini, MPN mensasarkan pewujudan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya dalam Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kini sedang melaksanakan program Penjana Kerjaya 2.0 dan pemerkasaan portal MYFutureJobs bagi menggalakkan majikan mengambil dan melatih pekerja baharu.

“Sepanjang tahun lalu, seramai 161,603 pencari kerja ditempatkan di dalam pekerjaan baharu,” katanya.

Katanya, setakat 26 Februari, seramai 25,648 orang lagi berjaya mendapat pekerjaan.

Beliau berkata, melalui MyFutureJobs terdapat 243,892 tawaran pekerjaan yang masih terbuka untuk pencari kerja di mana 143,320 peluang pekerjaan diwujudkan menerusi portal MYFutureJobs.

121,297 diberhenti kerja, menganggur akibat Covid-19 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo