Infotainment

13 Tahun Tinggal Di Rumah Flat, Azad Jasmin Hadiahkan Isteri Rumah Baru

13 Tahun Tinggal Di Rumah Flat, Azad Jasmin Hadiahkan Isteri Rumah Baru 2

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Eira Syazira menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video kejutan daripada suaminya, Azad Jasmin.

Menerusi video tersebut, Azad memberi kejutan dengan menunaikan impian isterinya dengan menghadiahkan rumah baru yang sudah siap dengan dekorasi dan perhiasan dalaman.

BACA: Ada Sebab Eira Syazira Sekeluarga Pindah Jakarta

Akui terkejut dengan kejutan tersebut, Eira meluahkan rasa syukur di atas hadiah terindah yang diberikan oleh suami selepas 10 tahun melayari bahtera rumah tangga.

“Allahuakbar!! Surprised nak mati!! Hadiah terindah selepas 10 tahun perkahwinan dari suami tercinta. No words to describe, segala puji bagi Allah SWT. Thank you my love,” tulisnya.

Dalam video berkenaan, Azad sempat berkongsi cerita dia mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan hiasan dalam rumah tanpa pengetahuan isterinya.

Malah, turut berpakat dengan adik iparnya untuk memberi kejutan buat Eira. Rumah tersebut juga turut mempunyai mini surau untuk mereka sekeluarga beribadah di bulan Ramadan ini.

“Selepas 13 tahun tinggal di rumah flat hari ini, di bulan Ramadan yang mulia I hadiahkan you rumah ini. I harap you suka,” kata Azad.

Eira dan Azad mendirikan rumah tangga pada 2011, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata perempuan.



13 Tahun Tinggal Di Rumah Flat, Azad Jasmin Hadiahkan Isteri Rumah Baru 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo