Berita

15 anggota IPD Kota Bharu dikuarantin

15 anggota IPD Kota Bharu dikuarantin 2

Kuala Lumpur: Seramai 15 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kini dikuarantin di rumah masing-masing selepas dikenal pasti kontak rapat dengan seorang tahanan positif Covid-19 dari Selayang, Selangor.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Pian berkata, mereka itu termasuk seorang pegawai menjalani ujian swab pada 25 Disember lalu dan didapati negatif.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan ujian kali kedua yang dilakukan terhadap semua anggota polis lelaki itu semalam dijangka diperoleh dalam masa terdekat.

“Sebelum ini kesemua mereka sudah menjalani kuarantin di rumah sebaik sahaja dikesan menjadi kontak rapat kepada tahanan terbabit. Kita berharap keputusan yang bakal keluar adalah negatif dan tiada anggota yang dijangkiti di dalam pasukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) kira-kira 1,000 individu di negeri itu menjalani ujian saringan Covid-19 di klinik kesihatan dan hospital semalam.

Mereka terdiri daripada individu yang balik dari luar negara, kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19 serta yang hadir secara sukarela membuat ujian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • 15 anggota IPD Kota Bharu dikuarantin 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo