Berita

1,581 kes baharu Covid-19, 2 kematian

1,581 kes baharu Covid-19, 2 kematian 2

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu positif Covid-19 hari ini, mencatatkan 1,581 kes menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 100,318 kes dengan jumlah kes aktif 18,773 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, dua kes import dilaporkan, manakala 1,579 kes lagi membabitkan penularan tempatan.

“Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi bagi sembilan hari berturut iaitu sebanyak 491 kes diikuti Kuala Lumpur (379 kes) dan Sabah (249 kes).

“Sebanyak 270 kes (17.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (185 kes), Kluster Tembok Gajah (74 kes), Kluster GK Tawau (6 kes), Kluster Tembok (4 kes), dan Kluster Bakti (1 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, terdapat 102 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 1,085 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 81,099 kes atau 80.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Terdapat dua kes kematian dilaporkan hari ini membabitkan kesemua warga tempatan berusia antara 15 dan 61 tahun di Sabah.

“Kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 446 kes atau 0.45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • 1,581 kes baharu Covid-19, 2 kematian 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo