Artikel Terkini

18,819 petugas kesihatan siap siaga hadapi banjir

18,819 petugas kesihatan siap siaga hadapi banjir
18,819 petugas kesihatan siap siaga hadapi banjir 1

PUTRAJAYA – Seramai 18,819 kakitangan dan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) sudah diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka melanda bulan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, arahan siap siaga itu terkandung dalam Surat Arahan Persediaan Menghadapi Banjir Monsun Timur Laut (MTL) yang diedarkan kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri dan Institusi KKM sejak 21 September lalu.

Beliau berkata, mereka yang terlibat termasuk 6,397 pasukan perubatan yang berperanan melawat dan memberi rawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selain 4,688 pasukan kesihatan yang menjalankan pemantauan dan kawalan penyakit.

“Kami turut menyediakan seramai 5,964 anggota Pasukan Mental Health and Psychosocial Support Services (MHPSS) yang akan memberikan dan menyelaraskan perkhidmatan sokongan psikososial kepada mangsa dan petugas.

“Selain itu, seramai 1,770 anggota Pasukan Rapid Assessment Team (RAT) dan Rapid Response Team (RRT) turut dipertanggungjawabkan memberi respon bagi mencegah dan mengawal kejadian wabak semasa banjir,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, beberapa siri mesyuarat kesiapsiagaan bagi menghadapi banjir telah diadakan antara Ibu Pejabat KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

Dr. Noor Hisham berkata, semua JKN juga telah mengemas kini maklumat peralatan dan kenderaan serta keperluan logistik lain dan telah bersiap sedia untuk digunakan semasa banjir bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan kesihatan.

Ujar beliau, stok bekalan ubatan di fasiliti kesihatan juga mencukupi untuk tempoh tiga bulan dan stok tambahan bagi tiga bulan lagi disimpan oleh pembekal yang sentiasa bersedia untuk digunakan apabila diperlukan KKM.

“Selain itu, stok bekalan kit ujian RTK-Antigen Covid-19, ubatan Covid-19 dan vaksin juga adalah mencukupi,” katanya.

Katanya, semua JKN juga telah mengenal pasti fasiliti kesihatan alternatif kepada fasiliti kesihatan yang berisiko banjir bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat sekiranya fasiliti kesihatan tersebut terjejas operasi akibat banjir.

Dalam pada itu, katanya, setakat pukul 9 pagi tadi, terdapat 419 mangsa banjir ditempatkan di empat PPS iaitu masing-masing dua di Selangor dan Perak disebabkan hujan lebat dan ribut petir.

“Pasukan perubatan dan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat telah digerakkan bagi memberi perkhidmatan kepada mereka yang terjejas.

“KKM juga telah bersedia memberi perkhidmatan terbaik bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan kesihatan kepada mangsa-mangsa banjir dan juga bagi mencegah penularan penyakit berjangkit yang boleh berlaku semasa banjir,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE


18,819 petugas kesihatan siap siaga hadapi banjir 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo