Berita

2 kanak-kanak disaman tunggang basikal lajak, motosikal

2 kanak-kanak disaman tunggang basikal lajak, motosikal 2

Pasir Gudang: Dua kanak-kanak disaman polis dalam Op Basikal Lajak di sekitar Taman Scientex di sini, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam Deputi Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, dua kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun disaman kerana masing-masing menunggang basikal lajak dan motosikal dalam operasi pihaknya pada 5.30 petang.

Menurutnya, pihaknya turut mengeluarkan saman terhadap remaja berusia 14 tahun yang membonceng motosikal ditunggang kanak-kanak terbabit.

Katanya, operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bagi mengekang kegiatan lumba basikal lajak di jalan raya dan membanteras aktiviti basikal lajak.

“Penunggang motosikal disaman kerana tiada lesen memandu dan cukai jalan kenderaannya itu sudah tamat tempoh serta tidak memakai topi keledar.

“Pemboncengnya pula melakukan kesalahan tidak memakai topi keledar

“Kanak-kanak yang menunggang basikal lajak pula melakukan kesalahan dengan menaiki basikal yang diubahsuai, tidak mempunyai brek dan loceng,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, saman yang dikeluarkan terhadap penunggang motosikal dibuat mengikut Seksyen 26 (1) dan Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, penunggang basikal lajak pula disaman mengikut peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 kerana mengubahsuai basikal.

2 kanak-kanak disaman tunggang basikal lajak, motosikal 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo