Berita

2,018 kes baharu Covid-19, rekod ketiga tertinggi [METROTV]

2,018 kes baharu Covid-19, rekod ketiga tertinggi [METROTV] 1

2,018 kes baharu Covid-19, rekod ketiga tertinggi [METROTV] 2

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu positif Covid-19 hari ini meningkat 2,018 kes menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 95,327 kes dengan jumlah kes aktif 16,496 kes.

Ia jumlah ketiga tertinggi pernah dilaporkan sejak penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

Jumlah tertinggi pernah direkodkan sebelum ini adalah pada 10 Disember lalu, iaitu sebanyak 2,234 kes Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, tujuh kes import dilaporkan, manakala 2,011 kes lagi membabitkan penularan tempatan.

“Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,204 kes diikuti Johor (278 kes) dan Sabah (247 kes).

“Sebanyak 243 kes dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen membabitkan Kluster Tembok Gajah (234 kes) Kluster Penjara Jalan Harapan (6 kes) dan Kluster Tembok (3 kes),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Hisham berkata, terdapat 109 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 55 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 1,084 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 78,393 kes atau 82.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Terdapat satu kes kematian dilaporkan hari ini membabitkan seorang lelaki bukan warganegara berusia 50 tahun yang tidak mempunyai latar belakang penyakit kronik di Tuaran, Sabah.

“Kes-kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 438 kes atau 0.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • 2,018 kes baharu Covid-19, rekod ketiga tertinggi [METROTV] 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo