Berita

2,027 kes baharu dan 8 kematian baharu direkodkan

2,027 kes baharu dan 8 kematian baharu direkodkan 2

Kuala Lumpur: Kes jangkitan baharu Covid-19 di negara ini hari ini mencatatkan 2,027 kes baharu dan lapan kematian baharu direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 122, 845 kes dengan kebolehjangkitan pula 22,887 kes.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 1,221 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 94,449 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 16 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 2,011 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 509 kes (25.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 338 kes (66.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 428 kes (21.1 peratus) dan Sabah sebanyak 383 kes (18.9 peratus).

“Sebanyak 111 kes (5.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (64 kes), Kluster Tembok Gajah (43 kes), Kluster Tembok Choh (2 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (2 kes),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 509 kes atau 0.41 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 122 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“KKM turut mengesan 11 kluster baharu hari ini iaitu Kluster Jalan Playar, Kluster Sei Suria, Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih, Kluster Bukit Angkat, Kluster Parit Jamil, Kluster Tombovo, Kluster Tapak Bina Jalan Desa, Kluster Jalan Raja, Kluster Langit Selatan, Kluster Bah Sayap dan Kluster Mengkuang,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • 2,027 kes baharu dan 8 kematian baharu direkodkan 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo