Berita

2,500 pemborong, peruncit simpan stok musim tengkujuh

2,500 pemborong, peruncit simpan stok musim tengkujuh 1

2,500 pemborong, peruncit simpan stok musim tengkujuh 2

Kuala Nerus: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melantik kira-kira 2, 500 peruncit dan pemborong untuk menyimpan barang keperluan asas sepanjang tempoh bencana banjir.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, peruncit dan pemborong yang terpilih akan menyediakan stok barang melebihi 30 peratus daripada stok biasa.

Menurutnya, langkah itu sebagai persediaan untuk menghadapi musim tengkujuh yang akan tiba.

“Sebagai contoh, kebiasaannya mereka boleh simpan stok barang sebanyak 80 peratus, jadi apabila musim tengkujuh, kita benarkan mereka ini tambah lagi 30 peratus setiap masa supaya bekalan keperluan asas sentiasa mencukupi.

“Ia adalah sebahagian daripada pelan kontingensi bagi menghadapi fenomena bencana alam di negara ini,” katanya ketika ditemui selepas Program Lawatan Kerja dan Tinjauan Pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2020 di Pasaraya Mydin Gong Badak di sini hari ini.

Rosol berkata, pihaknya memberi jaminan barangan keperluan asas mencukupi untuk menampung keperluan sepanjang musim tengkujuh.

Katanya, pihaknya turut bekerjasama dengan kementerian yang lain bagi memastikan bekalan ikan, sayur dan sebagainya mencukupi.

“Orang ramai tidak perlu risau dengan keperluan barangan asas dan kita juga sentiasa memantau serta menyelia harga barang sepanjang musim tengkujuh,” katanya.

Dalam pada itu, Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu turut melakukan lawatan ke pusat penternakan ayam Kemat Ternak Maju di Ajil, Hulu Terengganu di sini.

“Bekalan ayam di Terengganu juga mencukupi. Sebagai contoh, kapasiti di pusat penternakan ini mampu menempatkan 21,000 ekor ayam.

“Ini belum termasuk bekalan daripada penternak lain malah, bekalan telur dan makanan asasi lain juga bersedia untuk diedarkan apabila diperlukan,” katanya.

2,500 pemborong, peruncit simpan stok musim tengkujuh 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo