Artikel Terkini

3 Bahan Berkesan Hapuskan Lipan Dari Kediaman Anda

3 Bahan Berkesan Hapuskan Lipan Dari Kediaman Anda 1

3 Bahan Berkesan Hapuskan Lipan Dari Kediaman Anda 2

Nak halau lipan dan haiwan kotor sewaktu dengannya bukanlah satu hal yang mudah. Tetapi jika tidak dibendung, mereka akan bermaharajalela di rumah kita pula. Jadi nak tak nak, kenalah rajinkan diri cari petua dan penawar buat menghapus serangga durjana ini.

Apa Yang Anda Perlu Tahu?

3 Bahan Berkesan Hapuskan Lipan Dari Kediaman Anda 3

  1. Ia amat sukakan tempat atau kawasan lembab.
  2. Lipas dan semut merupakan makanan lipan.
  3. Badannya yang leper memudahkannya untuk masuk kedalam rumah melalui celah-celah lubang atau bukaan walau sekecil mana pun.
  4. Lipan akan tertarik dengan kediaman yang tidak membersihkan longkang dan mempunyai air bertakung didalamnya.
  5. Selain itu, laman yang dibiarkan tidak terurus dengan daun kering bertaburan juga boleh menarik perhatiannya.
  6. Lipan rumah biasanya mempunyai kepanjangan 1 hingga ke 2 inci dan bergerak sangat laju.
  7. Lebih besar saiz nya, lebih bisa sengatannya.

Cara Menghalau & Membasmi 

3 Bahan Berkesan Hapuskan Lipan Dari Kediaman Anda 4

#1 GARAM
Garam amat berkesan dan efektif untuk menghalau haiwan melata seperti ular dan lipan dari rumah. Anda hanya perlu taburkan garam di kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat persembunyian serangga ini.

3 Bahan Berkesan Hapuskan Lipan Dari Kediaman Anda 5

#2 DAUN PANDAN
Selain berfungsi untuk mengharumkan bau nasi yang dimasak, daun pandan juga boleh digunakan untuk megusir lipan. Caranya, hiris daun pandan halus-halus supaya baunya lebih kuat dan letakkan hirisan tadi didalam mangkuk. Kemudian letakkan di setiap sudut rumah kerana bau pandan yang kuat akan membuatkannya tidak selesa lalu keluar dari rumah.

3 Bahan Berkesan Hapuskan Lipan Dari Kediaman Anda 6

#3 KAPUR BARUS
Kapur barus amat sesuai diletakkan di kawasan lembab yang merupakan tempat kegemaran lipan.

3 Bahan Berkesan Hapuskan Lipan Dari Kediaman Anda 7

Itulah bahan-bahan mudah yang anda boleh dapati di rumah berkesan menghalau serangga ini. Selamat mencuba!

Lihat juga artikel berkaitan : TIKUS dan LIPAS

3 Bahan Berkesan Hapuskan Lipan Dari Kediaman Anda 2

Source link