Artikel Terkini

3 negeri masih terjejas banjir

3 negeri masih terjejas banjir
3 negeri masih terjejas banjir 1

3 negeri masih terjejas banjir
Seramai 952 mangsa banjir berada di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat petang semalam.  (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Tujuh daerah di tiga negeri masih terkesan banjir dengan 952 mangsa berada di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang semalam.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melalui kenyataan memaklumkan, kejadian banjir itu melibatkan empat daerah di Perak, dua di Selangor dan satu di Johor.

“Jumlah ini menunjukkan pengurangan berbanding laporan jam 8 pagi tadi dengan terdapat 1,156 mangsa sedang berlindung di PPS seluruh negara,” menurut kenyataan itu.

Nadma melaporkan satu PPS ditutup semalam iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu, Kerian, Perak.

Menurutnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan enam sungai berada ditahap amaran iaitu Long Teru, Miri, Sarawak; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang dan Sungai Triang di Bera, Pahang; Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, Johor serta Sungai Kerian di Rumah Pam Bandar Baharu, Bandar Baharu dan Sungai Gurun di Kampung Perupok, Yan, Kedah.

Dalam pada itu, Nadma memaklumkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara mengeluarkan notis kesiapsiagaan banjir kilat di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak pada jam 4 petang tadi.

Menurutnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) pada jam 2 petang semalam pula melaporkan terdapat dua lokasi terkesan banjir, tujuh lokasi cerun runtuh serta masing-masing dua lokasi jalan mendap dan jambatan rosak/runtuh.

Semua kejadian ini berlaku di empat daerah di Kedah, masing-masing dua daerah di Johor dan Negeri Sembilan serta masing-masing satu daerah di Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.


3 negeri masih terjejas banjir 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo