Berita

30,000 liter setiap hari | Harian Metro

30,000 liter setiap hari | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: FGV Holdings Berhad (FGV) menerusi anak syarikatnya, FGV Dairy Farm Sdn Bhd (FGVDF) berada pada kedudukan baik untuk mengeluarkan 30,000 liter susu segar setiap hari pada suku pertama 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, ia selari dengan kejayaan pelaksanaan projek ladang tenusu bersepadu di Linggi, Negeri Sembilan, yang secara signifikan meningkatkan fokus FGV dalam perniagaan di bawah sektor pertanian bersepadu.

“Kami juga memasang ruang memerah susu automatik dan sistem rakaman susu harian cloud-based untuk memastikan kualiti produk tenusu dan produktiviti ladang tenusu kami,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, kerja menaik taraf secara keseluruhan untuk ladang tenusu FGV Linggi hampir selesai dengan penambahbaikan pada infrastruktur ladang, kawasan makanan ternakan, tempat memerah susu dan bangsal lembu, sementara kerja menaik taraf bangsal anak lembu selesai 100 peratus.

Selain itu, menurutnya, beberapa formulasi, perisa dan pembungkusan baharu produk Bright Cow berada dalam proses dan kini menjalani ujian produk dan ujian kestabilan sebelum dilancarkan pada April 2021 seperti yang disasarkan.

Baru-baru ini, FGVDF menerima penambahan sebanyak 130 lembu tenusu kacukan yang diimport dari Australia, yang juga kacukan baka lembu tenusu Jersey dan Friesian, menjadikan jumlah kawanan lembu tenusu berjumlah 258 ekor.

“Penghantaran lembu ini untuk memenuhi jumlah pengeluaran susu segar lebih tinggi serta peningkatan permintaan tempatan terutamanya oleh pasaran segmen HORECA (Hotel, Restoran dan Kafe),” katanya.

Menurut Haris Fadzilah, dalam tempoh kurang sembilan bulan sejak penubuhan projek ladang tenusu pada Mac 2020, jenama premium Bright Cow memproses lebih 500,000 liter susu segar untuk penggunaan tempatan, disumbangkan oleh susu segar yang dihasilkan di ladang tenusu Linggi milik FGV dan turut dibekalkan ladang tenusu luar.

“Pada masa sama, inisiatif FGV selari dengan visi kerajaan untuk kemakmuran bersama dengan menawarkan peluang kepada pertanian kontrak dalam kalangan penternak lembu di negara ini,” katanya.

Di bawah Program Pembangunan Industri Tenusu Negara, kerajaan meletakkan sasaran untuk memastikan kadar sara diri dalam pengeluaran susu segar domestik menjelang 2025 yang memberi peluang kepada organisasi seperti FGV untuk mendapat manfaat daripada penggantian import dan menjadi pemain industri yang signifikan bagi pengeluaran susu segar tempatan.

Pada masa sama, inisiatif FGV selari dengan visi kerajaan untuk kemakmuran bersama dengan menawarkan peluang kepada pertanian kontrak dalam kalangan penternak lembu di negara ini.

30,000 liter setiap hari | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo