Berita

30,000 petugas barisan hadapan terima suntikan vaksin fasa pertama

30,000 petugas barisan hadapan terima suntikan vaksin fasa pertama 2

Georgetown: Seramai 30,000 petugas barisan hadapan dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 fasa pertama bermula minggu depan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pulau Pinang bahawa Pulau Pinang bakal menerima stok vaksin Covid-19 secara berperingkat.

Katanya, vaksin berkenaan akan ditempatkan di dua hospital di negeri ini.

“Kerajaan negeri juga memberi komitmen serta kerjasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Diharap proses ini akan berjalan lancar dengan pengagihan sama rata kepada Pulau Pinang daripada pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang menjadi penyelaras utama program berkenaan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, kerajaan Pulau Pinang akan meneruskan inisiatif saringan massa membabitkan sektor perkilangan dan pembuatan di negeri ini yang dilaksanakan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Cawangan Pulau Pinang.

Katanya, menerusi surat balas yang dihantar kepada KKM pada 2 Februari lalu, memaklumkan bahawa ia boleh dilaksanakan namun didapati kurang sesuai dalam tempoh gelombang ketiga berkenaan.

“Inisiatif ini akan diteruskan kerana sejak peringkat awal lagi, kita sudah menegaskan keperluan pelaksanaan saringan massa supaya tindakan pengesanan kontak dan rawatan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan terutama bagi sektor pembuatan, perkilangan serta pembinaan yang menjadi penyumbang utama kewujudan kluster di negeri ini.

“Justeru, kerajaan negeri akan meneruskan perbincangan dan mempercepatkan pelaksanaannya hasil usaha sama beberapa pihak swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

30,000 petugas barisan hadapan terima suntikan vaksin fasa pertama 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo