LONDON – Sebuah syarikat penjagaan kasut memecahkan Guinness World Records di London apabila mengumpulkan 325 orang untuk membersihkan kasut pada waktu yang sama, lapor agensi berita United Press International semalam.
Syarikat pengkhususan jualan produk penjagaan kasut, Crep Protect mengumpulkan 325 peserta yang ditugaskan untuk membersihkan kasut secara serentak.
Acara itu berlangsung Ahad lalu di Boxpark Wembley, London. Kumpulan itu bergabung untuk membersihkan kasut menggunakan produk Crep Protect.
Kasut yang dibersihkan disumbangkan kepada sebuah badan amal, ShoeAid UK yang bertujuan untuk mengurangkan ketidakmampuan dan pembaziran kasut dengan menyediakannya kepada mereka yang memerlukan.
Crep Protect berjaya memecah rekod dunia dalam kategori individu berkumpulan paling ramai membersihkan sepasang kasut secara serentak.
Acara itu disaksikan oleh pengadil Guinness World Records, Andrew Fanning yang menyerahkan sijil kepada syarikat itu di penghujung percubaan.
“Saya amat berbangga kerana dijemput mengadili percubaan memecahkan Guinness World Records kali ini,” katanya. – Agensi
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo