Artikel Terkini

5 Perkara Yang Dilarang Dalam Muamalat Islam

5 Perkara Yang Dilarang Dalam Muamalat Islam 1

5 Perkara Yang Dilarang Dalam Muamalat Islam 2

Muamalat adalah urusan yang melibatkan hukum syariat dan bersangkut paut dengan urusan dunia dimana aktiviti manusia pada hari ini adalah jual beli, pinjam meminjam dan sebagainya.

Sama ada daripada sudut kepentingan individu, ekonomi atau sosial Islam, muamalat merupakan proses atau tatacara perhubungan manusia dalam memenuhi keperluan masing-masing dengan berlandaskan syariat Islam.

Muamalat perlu dilakukan berteraskan keimanan dan ketawaan
kepada Allah Swt disamping ia dapat memberi keuntungan kepada ekonomi individu
dan masyarakat. Urusan muamalat juga mementingkan akhlak mulia seperti jujur,
adil, amanah dan lain-lain lagi.

Krisis akan berlaku sekiranya terdapat unsur-unsur yang dilarang dalam muamalat sesama manusia. Urusan tidak diredhai, ekonomi tidak berkembang dan banyak lagi risiko yang bakal terjadi.

Oleh itu, penting untuk kita ketahui apakah unsur yang dilarang dalam muamalat Islam yang perlu kita jauhi.

#1 Riba’

Riba’ berlaku apabila telah berlakunya perjanjian yang menyebabkan jumlah tambahan perlu dibayar lebih banyak kadar sepatutnya dari jumlah pinjaman.

Keuntungan yang berlebih-lebihan ini amat ditegah dalam Islam untuk urusan perbankan dan apa juga jenis transaksi.

#2 Gharar

Gharar bermaksud ketidakpastian seseorang atau kedua-duanya berkaitan sesuatu produk atau perkhimatan dari segi ciri-ciri dan sifat objek tersebut pada masa kontrak dilakukan. 

Perniagaan yang ada unsur gharar amat ditegah.

#3 Judi

Judi adalah salah satu unsur yang dilarang dalam Muamalat Islam. Ia dikenali dengan nama al-maisir atau al-qimar dalam bahasa Arab. 

Judi bermaksud pertaruhan di mana salah seorang akan mengaut keuntungan, namun ia bersifat sia-sia (lagha) seperti yang dikatakan oleh Imam Malik.

#4 Tipu Atau Khianat

Penipuan dalam sesebuah muamalat sangat dimurka Allah SWT.  Di antara contoh penipuan yang berlaku pada hari ini termasuklah memaksa, menindas, memonopoli, menyembunyikan kecacatan dan membuat persepakatan secara senyap.

#5 Barang Atau Perkhidmatan Yang Haram

Unsur yang dilarang dalam Islam juga termasuklah membuat jual beli atau transaksi yang melibatkan barang atau perkhidmatan yang haram di sisi Agama. 

Di antaranya adalah aktiviti pelacuran, judi, tilik nasib, barangan makanan babi, arak dan sebagainya lagi.

Itulah dia 5 unsur yang dilarang dalam muamalat Islam yang harus kita jauhi dalam apa jua transaksi. Sekiranya kita membuat urusan jual beli atau pelaburan sekalipun, semuanya haruslah berkonsepkan syariah dan menjauhi unsur-unsur yang dilarang.

Sumber Rujukane-Muamalat

Iklan


5 Perkara Yang Dilarang Dalam Muamalat Islam 3

Iklan

5 Perkara Yang Dilarang Dalam Muamalat Islam 4

5 Perkara Yang Dilarang Dalam Muamalat Islam 2

Source link