Artikel Terkini

5 Persediaan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi Global!

5 Persediaan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi Global! 1

5 Persediaan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi Global! 2

Pengarah Urusan International Monetary Fund (IMF), Kristalina Georgieva telah mengisytiharkan bahawa dunia sedang berada dalam kemelesetan ekonomi global. Ini merupakan susulan daripada pandemik Covid-19 yang menyebabkan berlakunya situasi darurat dan syarikat tidak boleh beroperasi seperti biasa, dalam usaha untuk membendung Covid-19 dari terus merebak.

Menurut IMF lagi, bilangan negara yang telah meminta bantuan pinjaman kecemasan dari IMF telah meningkat. Negara-negara ini sudah pasti mengalami tekanan untuk membelanjakan wang untuk mengelakkan kemelesetan ekonomi yang lebih teruk.

Impak daripada kemelesetan ekonomi ini akan menyebabkan syarikat-syarikat mengalami kerugian dan ini memungkinkan banyak pekerja-pekerja yang terpaksa dibuang kerja oleh majikan supaya syarikat dapat terus beroperasi dalam skala yang lebih kecil.

Sekiranya ini berlaku, sudah pasti rakyat bawahan akan mendapatkan kesan yang besar apabila kehilangan punca pendapatan.

Justeru, setiap individu perlu mempunyai pelan jangka pendek dan sederhana untuk berhadapan dengan kemelesetan ekonomi ini. Kita tidak tahu samada syarikat mampu untuk bertahan sekiranya pendapatan terjejas.

Jom kita tengok 5 perkara yang kita boleh lakukan bagi membantu kita mengharungi kemelesetan ekonomi global ini.

1. Cash Is King

5 Persediaan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi Global! 3
5 Persediaan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi Global! 8

Ketika situasi kemelesetan ekonomi, kita harus bersedia dengan simpanan kecemasan selama 3-6 bulan. Ini kerana kita akan berhadapan dengan kemungkinan diberhentikan kerja.

Selain daripada itu, sudah pasti peluang pekerjaan baru akan semakin berkurang. Penganggur akan berhadapan dengan situasi sukar untuk mencari kerja.

Simpanan kecemasan sangat diperlukan sekiranya kita diberhentikan kerja untuk menampung kos keperluan harian. Pada saat ini, aset kita dalam bentuk wang ringgit adalah lebih berguna daripada rumah yang akan mengambil masa untuk dicairkan menjadi wang.

2. Terus Berbelanja

Situasi kemelesetan ekonomi ini bermakna peniaga-peniaga kecil akan berkurang punca pendapatan kerana pengguna semakin berhati-hati dalam membuat pembelian. Berbelanjalah secara berhemah supaya peniaga-peniaga mendapat untung dan mampu menjana ekonomi negara.

Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri bertujuan untuk meningkatkan ekonomi setempat di negara kita. Gunakan duit yang ada untuk berbelanja di kedai-kedai runcit, restoran dan penjaja tepi jalan seperti gerai Pisang Goreng Makcik Kiah.

Sekiranya kita merupakan di antara golongan yang diberhentikan kerja atau dipotong gaji, penting untuk kita menilai semula gaya hidup seharian. Kurangkan perbelanjaan tidak penting dan mulakan langkah penjimatan sebelum wang kita susut sedikit demi sedikit.

3. Selesaikan Hutang Kad Kredit Dan Pinjaman Peribadi

5 Persediaan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi Global! 4
5 Persediaan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi Global! 9

Hutang kad kredit dan pinjaman peribadi merupakan hutang dengan kadar faedah yang sangat tinggi. Ini menyebabkan kita terpaksa membayar kos yang tinggi untuk membuat pembayaran balik untuk melangsaikan hutang.

Justeru, kita perlu memberi keutamaan dalam melangsaikan hutang kad kredit dan pinjaman peribadi ini terlebih dahulu.

Kan Pembayaran Balik Pinjaman Rumah Boleh Ditangguhkan Dengan Adanya ‘Moratorium’, oleh itu pinjaman rumah dan pinjaman kereta boleh ditangguhkan selama 6 bulan bagi memudahkan kita selesaikan hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.

Contoh : Hutang rumah + kereta = RM5,000 sebulan. Hutang kad kredit pula ada baki RM10,000. Guna cash tadi, bulan ke-2 dah boleh selesai!

4. Pelaburan

5 Persediaan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi Global! 5
5 Persediaan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi Global! 10

Pasaran saham telah jatuh dan memasuki ‘bear market’ susulan daripada krisis yang kita sedang hadapi. Ini menjadikan harga saham secara umumnya lebih murah berbanding nilai saham itu sendiri.

Secara logiknya, seolah-olah kita membeli saham dengan harga diskaun terutama saham dengan fundamental yang kukuh. Pastikan kita menggunakan strategi Dollar Cost Averaging memandangkan ada kemungkinan pasaran saham akan menurun sebelum ianya naik semula.

Sejarah mungkin berulang. Selepas Covid-19 dan kemelesetan ekonomi global ini berlalu, sudah pasti pasaran saham akan kembali pulih dan kemudian kita boleh lihat hasil pelaburan ini.

Dapatkan khidmat nasihat dari perancang kewangan yang berlesen sekiranya kita tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai pelaburan. Pastikan juga kita mempunyai simpanan yang mencukupi sebelum memulakan sebarang pelaburan.

5. Mantapkan Credit Score

Ketika zaman kemelesetan ekonomi ini, kita akan menyaksikan lambakan rumah-rumah yang dijual dengan harga di bawah harga pasaran. Bahkan perkara ini telah berlaku sebelum langkah Perintah Kawalan Pergerakan dimulakan lagi.

Lambakan rumah lelong akibat daripada tunggakan pembayaran bayaran ansuran rumah dengan pihak bank akan menyebabkan harga rumah semakin turun.

Sekiranya kita mempunyai pendapatan yang stabil dan lebihan wang untuk dilaburkan (tanpa menjejaskan simpanan kecemasan), boleh mempertimbangkan untuk membeli rumah pada harga yang murah.

Namun begitu, kita perlu mempunyai credit score yang kukuh kerana bank akan memperketatkan kriteria pemberian pinjaman.

Artikel ini ditulis oleh Mohd Arif Irfan, seorang juruaudit di salah sebuah firma audit di Malaysia. Beliau telah lulus kesemua kertas peperiksaan ACCA dan sedang mengutip pengalaman untuk menjadi akauntan bertauliah. Meminati bidang hartanah dan pelaburan serta rajin berkongsi ilmu di FB Arif Irfan.

5 Persediaan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi Global! 6

5 Persediaan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi Global! 2

Source link