Artikel Terkini

5 Senarai Semak Kewangan Seseorang Yang Bergelar Suami

5 Senarai Semak Kewangan Seseorang Yang Bergelar Suami 1

5 Senarai Semak Kewangan Seseorang Yang Bergelar Suami 2

Seorang suami dan bapa merupakan tunjang kepada institusi kekeluargaan. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk MENJAGA dan MELINDUNGI isteri serta anak-anak.

Berikut merupakan perkara ASAS yang perlu dilakukan oleh sang suami dan bapa ketika masih hidup bagi melindungi isteri dan anak-anak jika ditakdirkan beliau pergi dahulu.

1. Pastikan Anda Tidak Mewariskan Hutang Kepada Keluarga

5 Senarai Semak Kewangan Seseorang Yang Bergelar Suami 3
5 Senarai Semak Kewangan Seseorang Yang Bergelar Suami 10

Hutang yang biasa adaalah seperti :

  • Hutang Rumah
  • Hutang Kereta
  • Hutang Pelaburan (ASB)
  • Hutang Peribadi
  • Hutang kad kredit

Penyelesaian: Beli sekali takaful semasa ambil pembiayaan tersebut untuk cover baki hutang.

 (Contoh: MRTA/MRTT, HPRTT/HPRTA dan lain-lain)

Jika pembiayaan telah pun dibuat tanpa perlindungan takaful, masih ada penyelesaian iaitu #2 di bawah.

2. Ambil Hibah Takaful

  • Tujuan pertama:  Penyelesaian segala hutang piutang yang ada di dunia
  • Tujuan kedua: Memastikan isteri dan anak tidak meminta-minta

Pastikan anda meninggalkan mereka DUIT YANG CUKUP  untuk hidup sekurang-kurangnya setahun tanpa kita, sebaik-baiknya 10 tahun.

Diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW dalam Sahih Bukhari :

“Sesungguhnya jika engkau meninggalkan waris engkau dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta kepada manusia”

3. Tulis Wasiat

5 Senarai Semak Kewangan Seseorang Yang Bergelar Suami 4
5 Senarai Semak Kewangan Seseorang Yang Bergelar Suami 11

Jangan lantik isteri sebagai wasi. Kasihan nanti isteri terpinga-pinga uruskan harta peninggalan anda.

5 Senarai Semak Kewangan Seseorang Yang Bergelar Suami 5
5 Senarai Semak Kewangan Seseorang Yang Bergelar Suami 12

Bukan mudah urusan ini, percayalah. Nak jaga anak lagi, bila masa nak uruskan tuntutan pusaka anda ke sana kemari.

Bahagian isteri pula hanya 1/8 dari bahagian Faraid. Kasihan.

Lantiklah Syarikat  Trustee. Biar mereka yang uruskan. InsyaAllah urusannya cepat, mudah buat waris kerana mereka memang pakar.

Jimat masa & tenaga isteri dan ahli keluarga anda. Caj yang dikenakan pun berpatutan dan tidak keterlaluan.

LANTIK ISTERI sebagai PENJAGA HARTA ANAK-ANAK dalam Wasiat

Jika tidak, bapa anda (atuk sebelah bapa) secara automatik akan menjadi penjaga harta anak-anak yang di bawah umur. Kasihan isteri kena tuntut pula dari bapa mertua.

BUAT DOKUMEN HIBAH (jika perlu)

Jika kita ingin hadiahkan rumah, kereta atau apa jua harta untuk keperluan keluarga, pastikan buat hibah kepada isteri kerana bahagian isteri hanya 1/8 sahaja.

Jika kita hanya tulis wasiat, masih ada bahagian ibu dan bapa (jika mereka masih hidup) menurut faraid.              

Jika tidak mahu dan tidak mampu, usaha lebihkan sikit amaun hibah takaful kepada isteri untuk” “tebus” bahagian faraid ibu dan ayah sekiranya berlaku perbalahan yang tidak diingini nanti.

5. Pilihan Untuk Membuat Deklarasi Harta Sepencarian

Jika tidak mahu membuat hibah, boleh juga memilih untuk membuat dokumen harta sepencarian supaya memudahkan isteri untuk menuntut bahagiannya ketika kita tiada nanti.

Tidaklah isteri terpinga-pinga mencari bukti, resit, dokumen yang perlu untuk menuntut hak mereka, demi menampung bahagian faraid mereka 1/8 itu.

Jangan ambil mudah tanggungjawab suami. Bahagiakan isteri di dunia dan akhirat. InsyaAllah berkat.

Nota: Setiap orang mempunyai keperluan kewangan yang berbeza-beza, ini hanya merupakan PANDUAN UMUM & ASAS kita sebagai ketua keluarga bagi melindungi isteri dan anak-anak apabila kita sudah meninggalkan dunia suatu hari nanti.

Inaz Hashim
Security Commission Malaysia Licensed Financial Planner
Bank Negara Malaysia Licensed Financial Adviser
Financial Planning Specialist
www.inazhashim.com

5 Senarai Semak Kewangan Seseorang Yang Bergelar Suami 6
5 Senarai Semak Kewangan Seseorang Yang Bergelar Suami 13
5 Senarai Semak Kewangan Seseorang Yang Bergelar Suami 7
5 Senarai Semak Kewangan Seseorang Yang Bergelar Suami 8

5 Senarai Semak Kewangan Seseorang Yang Bergelar Suami 2

Source link