Artikel Terkini

5 Syarikat Terkenal Dunia Yang Berjaya Diselamatkan Daripada Muflis

5 Syarikat Terkenal Dunia Yang Berjaya Diselamatkan Daripada Muflis 1

5 Syarikat Terkenal Dunia Yang Berjaya Diselamatkan Daripada Muflis 2

Dunia perniagaan tidak menjanjikan mimpi yang manis atau akan berjaya selama-lamanya. Ini kerana hampir 96% perniagaan yang dibuka akan muflis pada 10 tahun pertama perniagaan itu dimulakan.

Hanya orang yang kental sahaja yang mampu meneruskan perniagaan mereka tanpa mengenal apa itu putus asa. Jika sesebuah perniagaan itu mampu bertahan lebih daripada 10 tahun, ia telah melepasi halangan yang paling besar.

Sudah pasti ianya berpotensi besar sekiranya diketuai oleh seorang CEO yang berkaliber dan mampu menyelamatkan kapal daripada tenggelam di lautan.

Berikut adalah beberapa kisah yang boleh dijadikan inspirasi bagaimana syarikat yang hampir muflis atau telah pun muflis dapat diselamatkan.

1. Lego

5 Syarikat Terkenal Dunia Yang Berjaya Diselamatkan Daripada Muflis 3

Lego merupakan salah sebuah syarikat permainan yang terbesar di dunia. Syarikat ini berasal dari Denmark dan telah diasaskan pada tahun 1932.

Syarikat ini hampir muflis pada tahun 2002 yang mana pada ketika itu, syarikat ini telah mempunyai hutang sebanyak $800 juta. Syarikat ini telah menukar pimpinan utama dengan membawa CEO yang baru pada tahun 2004 iaitu Jorgen Vig Knudstorp.

Di antara langkah yang diperkenalkan oleh pihak pengurusan yang baru adalah dengan mengurangkan produk mereka dan fokus kepada core business mereka. Mereka telah berjaya mengurangkan sebanyak 12,900 produk kepada 7,000 produk mereka.

Dengan pengurangan, ini mereka dapat memberi tumpuan kepada produk mereka yang dapat dijual kepada pelanggan. Langkah kedua yang diambil adalah dengan mencari pasaran baru.

Langkah ketiga adalah berfokuskan kepada pelanggan yang betul. Mereka yang membuat kajian dengan terperinci terhadap kehendak pelanggan mereka.

Salah satu langkah yang mereka buat adalah dengan memberi bayaran kepada pelanggan mereka untuk mencuba produk yang mereka hasilkan. Mereka yang mendapat maklum balas dari pelanggan itu terhadap permainan yang diberi kepada mereka.

Selain itu juga, mereka telah berkerjasama dengan syarikat perfileman yang besar seperti Warner Bros dan Disney bagi menghasilkan filem Lego berdasarkan watak filem terkenal mereka. Dengan kerjasama ini, secara tidak langsung ianya telah menjadi iklan bagi produk keluaran mereka.

2. Marvel

5 Syarikat Terkenal Dunia Yang Berjaya Diselamatkan Daripada Muflis 4

Marvel merupakan sebuah syarikat yang mengumpulkan ramai Adiwira atau Super Hero yang terkenal. Sebelum lahirnya syarikat Marvel yang seperti sekarang ini, mereka telah diisytiharkan muflis pada tahun 1996 dan telah membuang lebih daripada 100 orang pekerja kerana tidak mampu membayar gaji mereka.

Syarikat Marvel terpaksa menggadaikan sebahagian besar watak di dalam syarikat mereka untuk terus bertahan supaya mereka boleh terus berada di dalam industri perfileman. Di antara watak yang mereka gadaikan untuk dapatkan sedikit wang adalah watak filem Blade kepada syarikat Fox.

Filem ini mendapat kutipan yang memberangsangkan tetapi sayangnya tiada bayaran royaliti yang sepatutnya diterima oleh syarikat tersebut. Mereka hanya mendapat sedikit bayaran royalti hasil daripada filem tersebut.

Mereka juga pernah membuka restoran tetapi tidak mendapat sambutan. Kebangkitan terbesar syarikat mahu adalah dengan bermulanya filem Iron Man yang pertama di mana telah membuka mata ramai pihak tentang yang sebenar tentang kehebatan watak adiwira yang terdapat dalam studio Marvel.

Antara risiko yang telah diambil oleh Syarikat Marvel adalah dengan memajak 10 watak adiwira mereka untuk menghasilkan sebuah cerita Iron Man. Filem Iron Man yang pertama telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa dia telah berjaya membayar balik pinjaman yang dilakukan.

Syarikat Disney telah membeli syarikat Marvel harga $5 bilion pada tahun 2012. Kini syarikat Marvel telah berada di bawah payung syarikat Disney yang telah menghasilkan lebih kurang 23 filem dengan pendapatan sebanyak $20 bilion dalam masa sedekad yang lepas.

Syarikat Marvel kini telah mendominasi cerita Adiwira di Amerika yang sebelum ini didominasi oleh filem Superman dan Batman.

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini.

3. FedEx

5 Syarikat Terkenal Dunia Yang Berjaya Diselamatkan Daripada Muflis 5

FedEx merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barang. FedEx telah diasaskan pada tahun 1971 oleh pengasasnya iaitu Fred Smith dengan menggunakan duit yang diwarisi oleh bapanya sebanyak $4 juta Dolar pada ketika itu.

Idea penubuhan syarikat ini adalah dari tesis yang telah dibuat ketika beliau belajar di Universiti of Yale. Pada masa itu beliau telah membuat kertas kerja untuk membina sebuah syarikat yang berasaskan logistik dalam pengangkutan barang menggunakan kapal terbang.

Smith mendapat gred C untuk kertas kerja yang dibentangkanya itu. Selepas tamat pengajian dia telah kembali ke Universiti Yale untuk mengambil balik kertas kerjanya untuk dijadikan sebagai rujukan dalam menubuhkan sebuah syarikat.

Pada awal penubuhan syarikat, beliau menghadapi pelbagai masalah terutamanya dengan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat terhadap perkhidmatan pengangkutan yang menggunakan kapal udara. Oleh kerana menghadapi pelbagai jenis masalah yang menimpa sepanjang tiga tahun pertama penubuhanya, syarikat ini telah hampir bankrup kerana tidak mampu untuk membayar gaji pekerja.

Sepanjang penubuhan FedEx untuk tiga tahun pertama, syarikat tersebut tidak menjana sebarang keuntungan.

Pada masa itu, Smith telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan syarikatnya iaitu dengan berjudi di Las Vegas. Beliau pada masa itu mempunyai $5,000 saja. Nasib menyebelahi dirinya apabila dia memenangi perjudian tersebut.

Dengan duit yang dimenanginya itu sebanyak $30,000, Smith dapat menyelamatkan syarikat dengan membayar gaji pekerja yang telah tertunggak selama semnggu.

Hari ini, FedEx merupakan salah sebuah syarikat terbesar dalam pengangkutan yang melibatkan logistik udara. Dengan mempunyai pekerja seramai 60 ribu orang dan keuntungan sebanyak $4 bilion pada tahun lepas.

Di antara inovasi yang dilakukan oleh FedEx adalah memperkenalkan sistem tracking number barangan yang dihantar. Sistem ini telah diperkenalkan oleh Syarikat FedEx pada 1980-an lagi yang mana pelanggan boleh mengetahui kedudukan barangan mereka ddengan lebih terperinci.

Selain itu juga FedEx telah memperkenalkan sistem penghantaran yang mengambil masa hanya sehari untuk barang yang dipesan sampai ke tangan pelanggan.

4. Airbnb

5 Syarikat Terkenal Dunia Yang Berjaya Diselamatkan Daripada Muflis 6

Airbnb merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk menyewa rumah atau hotel dengan harga yang murah dan selesa. Airbnb merupakan singkatan kepada  Air Beds & Breakfest.

Syarikat ini telah diasaskan oleh tiga anak muda pada tahun 2007 yang mana pada tahun itu mereka tidak mempunyai wang untuk menyewa rumah penginapan. Seperti yang kita tahu, San Francisco merupakan tempat yang mana nilai hartanah di kawasan itu sangat mahal untuk disewa.

Mereka mempunyai idea selepas melalui kesukaran pada waktu tersebut. Pada mulanya mereka membangunkan sebuah aplikasi yang mana seperti Uber yang tidak memiliki walaupun sebuah kereta.

Konsep sama yang digunakan oleh Airbnb adalah dengan menyewa rumah penduduk di sesuatu kawasan dengan membayar komisen kepada mereka. Airbnb tidak mempunyai sebarang atau sebuah rumah tetapi syarikat ini telah dinilai sebanyak $25 bilion USD.

Sebelum mencapai tahap pada hari ini, Airbnb telah mengalami pelbagai cabaran pada permulaan perniagaan mereka. Mereka yang tidak mempunyai modal yang cukup kerana para pelabur telah menarik diri kerana tidak yakin dengan pelan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat ini.

Pada waktu itu mereka tidak mempunyai apa-apa selain idea yang mana menjual cereal yang diletakkan gambar Obama sepanjang kempen Barack Obama menjalankan pilihan sebagai presiden Amerika Syarikat pada tahun 2008.

Daripada situ mereka dapat mengumpul sedikit wang untuk mengembangkan perniagaan mereka mereka telah bangkit kini berjaya megembangkan perniagaan mereka ke seluruh Amerika dan dunia.

Pada hari ini, lebih daripada 80 buah mempunyai perkhidmatan Airbnb.

5. Converse

5 Syarikat Terkenal Dunia Yang Berjaya Diselamatkan Daripada Muflis 7

Converse merupakan sebuah syarikat kasut yang boleh dikatakan sebuah syarikat lagenda kerana telah wujud lebih daripada 100 tahun wujud. Syarikat ini mengeluarkan kasut untuk para remaja.

Pada awal abad ke-20 kita dapat melihat kebanyakan kasut yang dikeluarkan oleh adalah berasaskan kepada kulit. Converse pada masa itu merupakan sebuah syarikat yang inovatif yang telah mengeluarkan kasut berasaskan kain dan juga getah.

Pada ketika itu, kasut yang dikeluarkan Converse mendapat sambutan yang sangat hebat kerana mereka adalah satu-satunya syarikat yang mengeluarkan kasut yang sangat unik. Chuck Taylor merupakan salah seorang atlet yang menggunakan kasut Converse dalam sukan bola keranjang.

Disebabkan Chuck Taylor merupakan seorang atlet terkenal yang memakai kasut Converse, beliau telah dilantik sebagai duta kepada kasut tersebut.

Hampir separuh abad kasut Converse telah menguasai pasaran Amerika Syarikat. Pada pertengahan 1960-an, banyak syarikat dari luar telah muncul terutamanya syarikat sukan seperti Adidas dan Puma. Syarikat ini telah mengambil pasaran yang dikuasai oleh Converse dan membuatnya hilang penguasaan pasaran.

Ini kerana syarikat Converse tidak begitu inovatif untuk bersaing dengan syarikat dari Jerman itu. Converse telah diistiharkan muflis pada tahun 2001.

Syarikat kasut terkenal Amerika Syarikat iaitu Nike telah membeli syarikat Converse pada tahun 2003 dan menyelamatkan perniagaan yang dimiliki mereka. Kini Converse telah bangkit dan menjadi sebuah syarikat yang kompetitif dan mampu bersaing di dalam pasaran Amerika Syarikat dan juga di dunia.

Sumber Rujukan:

5 Syarikat Terkenal Dunia Yang Berjaya Diselamatkan Daripada Muflis 8
5 Syarikat Terkenal Dunia Yang Berjaya Diselamatkan Daripada Muflis 9

5 Syarikat Terkenal Dunia Yang Berjaya Diselamatkan Daripada Muflis 2

Source link