Infotainment

5 Tips Anda Perlu Tahu Untuk Dapatkan Liputan WiFi Terbaik Di Rumah

5 Tips Anda Perlu Tahu Untuk Dapatkan Liputan WiFi Terbaik Di Rumah 1

Kita telah menjejaki satu era di mana sambungan internet adalah suatu keperluan dalam kehidupan harian. Daripada telefon, komputer, televisyen, sehinggalah ke beberapa peranti rumah seperti peti sejuk sudah mula menjadi “pintar” dan memerlukan sambungan internet untuk beroperasi. Besar kemungkinan anda pernah mengalami masalah di mana anda tidak dapat sambungan internet yang memuaskan pada peranti-peranti anda. Jadi, ini adalah beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian masalah sambungan internet yang lemah ini terjadi di rumah anda.

Apa itu Zon Mati Wi-Fi (Wi-Fi Deadzone)?

Zon mati Wi-Fi adalah kawasan-kawasan yang sukar untuk mendapat sambungan Wi-Fi atau langsung tiada liputan Wi-Fi. Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu mendapatkan isyarat Wi-Fi yang cukup kuat di seluruh kawasan rumah anda supaya dapat menikmati pengalaman internet yang baik. Bagaimana hendak menentukan jika sesuatu tempat itu adalah zon mati? Cara paling senang adalah sambungkan peranti pintar anda kepada Wi-Fi dan berjalan ke semua penghujung rumah anda sambil memantau kekuatan isyaratnya. Jika ia turun kepada 1 atau 0 bar isyarat Wi-Fi, maka tempat itu boleh dikategorikan sebagai zon mati. Untuk mengesannya dengan lebih tepat, anda boleh memuat turun aplikasi penganalisa Wi-Fi seperti inSSIDer. Untuk meminimakan ruangan zon mati, ada beberapa perkara anda boleh lakukan:

1. Mengubah Kedudukan Penghala (Router)

Antara perkara paling asas anda perlu periksa adalah kedudukan penghala anda. Lokasi penghala adalah suatu yang sangat penting untuk diambil kira bagi mendapatkan kelajuan dan liputan yang konsisten. Selagi boleh, anda perlu meletakkan penghala anda di satu ruang yang terbuka, tinggi dan bebas daripada segala halangan. Oleh itu, adalah sangat disarankan untuk tidak letakkan penghala anda di dalam kabinet. Anda juga patut jauhkannya dari peranti lain yang mengeluarkan gelombang elektromagnetik seperti telefon nirwayar dan ketuhar gelombang mikro, permukaan yang menggunakan logam atau besi dan juga tempat yang panas seperti tepi tingkap. 

2. Luaskan Liputan Wi-Fi
5 Tips Anda Perlu Tahu Untuk Dapatkan Liputan WiFi Terbaik Di Rumah
5 Tips Anda Perlu Tahu Untuk Dapatkan Liputan WiFi Terbaik Di Rumah 6

Anda juga perlu memastikan bahawa liputan Wi-Fi adalah mencukupi untuk keluasan rumah anda. Kebiasaannya ia tidak akan jadi masalah untuk rumah yang kecil seperti studio. Tetapi, jika anda duduk di rumah yang bertingkat atau terdapat banyak halangan seperti dinding diantara penghala dan peranti, ini akan mengurangkan kekuatan liputan Wi-Fi anda. Jika mengalihkan kedudukan penghala anda juga tidak membantu, terdapat beberapa cara lain untuk meluaskan liputan Wi-Fi di rumah anda. 

Salah satu caranya adalah dengan menaik tarafkan penghala anda kepada model yang mengeluarkan gelombang yang lebih kuat. Tetapi cara ini mungkin akan lebih berkesan jika anda duduk di suatu ruang yang luas dan tidak ada banyak halangan di antara tempat anda letakkan penghala dengan tempat seperti bilik, atau rumah bertingkat.

Bagi situasi begini, anda disarankan untuk menggunakan Wi-Fi Repeater atau Mesh Wi-Fi. Apa perbezaan di antara dua ini? Ada beberapa perbezaan tapi diantara yang paling penting untuk anda perlu tahu adalah Wi-Fi Repeater akan membuatkan satu rangkaian yang berlainan dari penghala anda. Sebagai contoh, anda meletak penghala di bawah dengan rangkaian yang bernama “Fairuz_0” dan repeater diletakkan pada tingkat atas dan dinamakan “Fairuz_1”. Jika anda menyambungkan pada rangkaian “Fairuz_0” dan naik ke tingkat atas, mungkin telefon anda masih dapat isyarat Fairuz_0 tetapi berkelajuan rendah. Jadi anda perlu menyambung secara manual pada “Fairuz_1” untuk mendapatkan kelajuan yang lebih tinggi.

Bagaimana pula dengan Mesh Wi-Fi? Mesh adalah lebih kepada “all-in-one solution” dimana setiap peranti mesh hadir dengan fungsi seolah-olah seperti penghala mini sendiri dan ia hanya menggunakan satu rangkaian sahaja. Cara memasang sistem peranti mesh dirumah juga sangat mudah sekarang ini dan lebih kepada sistem “plug-and-play” sahaja.

3. Mengambil Kira Bilangan Peranti Yang Digunakan

Bilangan peranti yang digunakan adalah antara satu perkara penting yang anda patut dipertimbangkan terutamanya jika anda melanggan jalur lebar (broadband) dengan kelajuan yang rendah. Jika anda melanggan pada kelajuan 30Mbps tetapi terdapat 5 jenis peranti yang untuk menstrimkan video HD pada masa yang sama, tidak mustahil semua akan mengalami kelajuan internet yang kurang memuaskan. Jadi, pastikan anda menutup sambungan internet pada peranti yang tidak digunakan, ataupun jika semua peranti memerlukan penggunaan data yang laju dan berat, mungkin sudah masa untuk anda melanggan pakej jalur lebar yang lebih laju.

4. Mengurangkan Kesesakan Frekuensi Wi-Fi

Jika kediaman anda adalah seperti pangsapuri atau kondominium, kebiasaannya jiran-jiran juga akan menggunakan Wi-Fi seperti anda. Ini bermaksud besar kemungkinan berlaku pertembungan di antara isyarat Wi-Fi dari penghala milik anda dengan isyarat Wi-Fi jiran-jiran anda. Perkara ini sedikit sebanyak akan mengganggu isyarat penghala anda sendiri. Antara cara untuk mengatasi masalah ini adalah menggunakan saluran yang lain dari penghala-penghala tersebut. Anda boleh menggunakan aplikasi penganalisa yang kami sebutkan sebelum ini untuk memastikannya, dan cara menukar saluran anda boleh dirujuk melalui laman rasmi unifi EasyFix untuk model penghala anda.

5. 5Ghz vs 2.4Ghz

Kebanyakan penghala sekarang akan mengeluarkan rangkaian pada frekuensi 5GHz dan 2.4Ghz. 5GHz mampu memberi kelajuan lebih tinggi dari 2.4GHz tetapi kelajuannya lebih sensitif pada halangan seperti dinding. Jadi untuk memudahkan kefahaman, asalkan anda nampak penghala dengan jelas tanpa apa-apa halangan, 5GHz besar kemungkinan dapat memberi anda kelajuan yang paling tinggi seperti yang anda inginkan. Tetapi jika tidak, gunalah 2.4ghz untuk mendapatkan kelajuan yang lebih stabil dan optimum.

Kesimpulan

Jadi, jika kekuatan internet di rumah anda kurang dan anda ingin menikmati sambungan internet yang lebih stabil, unifi ada jawapannya. Mereka menawarkan pelbagai jenis Mesh Wi-Fi yang boleh digunakan. Antaranya adalah Deco X60 pada harga langganan RM55 setiap bulan yang hadir dengan keluasan rangkaian internet sehingga 5000sqft, Deco m9 Plus pada harga RM35 sebulan untuk keluasan 4500sqft, Deco M4 pada harga RM15 setiap bulan untuk keluasan 3800sqft. Selain itu, anda juga boleh melanggan pakej kombo unifi Plus Box bersama Deco M4 pada harga RM30 sebulan dimana anda boleh menikmati rangkaian internet yang lebih stabil dengan lebih daripada 70 saluran hiburan yang premium.

Dengan melanggan pakej-pakej daripada unifi ini, masalah zon mati Wi-Fi dapat dikurangkan. Malah ia juga dapat membantu anda untuk menjalani kehidupan seharian yang lebih lancar sekaligus meningkatkan produktiviti harian ketika bekerja dari rumah. Jadi, langgan Mesh Wi-Fi dari unifi sekarang untuk menikmati sambungan internet di rumah dengan lebih meluas.

Penafian : Advertorial daripada unifi

5 Tips Anda Perlu Tahu Untuk Dapatkan Liputan WiFi Terbaik Di Rumah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo