Artikel Terkini

5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia

5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia 1
0
(0)

5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia 2

Lupakan seketika tentang isu Covid-19, kerana apa yang akan dikongsikan dalam artikel ini memerlukan anda menggunakan imaginasi dalam membayangkan suasana sebuah township atau bandar terancang.

Ramai yang sedia
maklum pada hari ini, terdapat banyak township yang telah dibina dan sedang
dibina dari pelbagai pemaju hartanah di luar Lembah Klang dek kepadatan
penduduk yang tinggi dan harga tanah yang terlalu mahal.

Baca : Kajian Menunjukkan Shah Alam Dan Bangi Merupakan Lokasi Yang Paling Ideal Untuk Diduduki

Tahukah anda, sebelum pemaju hartanah melakukan aktiviti pecah tanah dan memasang cerucuk besi untuk membina sebuah township, mereka perlu menilai trend dan merangka elemen penting yang bakal mencorakkan konsep sesebuah township.

Township yang bermaksud pembandaran dalam Bahasa Malaysia, merupakan satu proses mengubah kawasan luar bandar yang tidak berpenghuni atau kurang berpenghuni menjadi sebuah bandar.

Pembandaran juga berlaku gara-gara penempatan sebuah bandar menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks dengan kepadatan penduduk yang lebih tinggi.

Jika anda lihat
Desa Park City yang dibina pada tahun 1999 dengan keluasan 473 ekar, elemen
yang diketengahkan pemaju adalah inovasi dan komuniti yang mesra, selamat dan
sihat.

Manakala Eco
Majestic dengan keluasan 1,089 ekar yang terletak di Semenyih pula
mengenengahkan konsep kawasan mesra hijau dengan taman dan tasik rekreasi
dengan sistem keselamatan maksimum yang dikawal oleh polis.

Baca : Macam Ni Caranya ‘Kapitalis’ Beli Rumah Dengan Banyak

“Tahukah anda, proses pembandaran berlaku dengan pesat di seluruh negeri di Malaysia pasca merdeka dengan penglibatan Kerajaan dan pemaju swasta dalam memenuhi permintaan bangunan, pengangkutan, penempatan dan fungsi-fungsi lain sebuah kawasan.”

Akan tetapi trend di setiap negara adalah berbeza dan sangat bergantung kepada keperluan manusia di negeri atau negara tersebut.

Contoh terdekat
adalah di Australia di mana dapur rumah semakin kecil kerana trend memasak di
dapur bersama keluarga semakin kurang popular.

Baca : Malaysia Keenam Tertinggi Bagi ‘Rental Yield’ Hartanah Asia Pada Tahun 2019

Di Malaysia pula, banyak kediaman high-rise yang ‘hilang’ balkoni rumah. Faktor keselamatan adalah isu utama.

Kesannya, dobi layan diri menjadi popular dan keperluan penghuni kediaman ‘high-rise’ kerana kebanyakan JMB high-rise tidak membenarkan penghuni menyidai baju.

Jom kita tengok 5 trend yang bakal mencorakkan township sesebuah kawasan di Malaysia.

1. Aksesibiliti

Trend utama yang memainkan peranan dalam pembentukan sebuah township adalah jarak kediaman tersebut dengan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, KTM, BRT atau stesen bas henti-henti.

5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia 3
5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia 11

Dengan perkembangan penggunaan perkhidmatan e-hailing, kawasan ‘pick up dan drop-off’ point e-hailing juga penting dalam pembentukan sebuah township.

Hal ini kerana, kenderaan peribadi kini bukanlah menjadi satu keperluan sebaliknya dilihat sebagai satu kehendak terutamanya kepada golongan bandar.

2. Persekitaran Hjau

Bermula awal tahun 2010, isu pemanasan global telah menjadi isu yang kritikal di Malaysia. Ini dapat dilihat dengan langkah yang diambil pemaju hartanah yang membangunkan township dengan konsep persekitaran hijau bebas tenaga.

5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia 4
5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia 12

Penggunaan pemanas air solar dan penggunaan kaca berbanding batu-bata sebagai sumber cahaya semula jadi semakin popular.

Hari ini, township-township yang baru dilancarkan mempunyai banyak taman dan tanaman hijau.

3. Teknologi

Kita mungkin boleh hidup tanpa makan dan minum untuk 3 hari, tetapi belum tentu kita boleh hidup tanpa Wi-Fi selama 3 hari.

Dengan kemajuan teknologi hari ini, kebanyakan pemaju hartanah telah membawa teknologi ke satu tahap baru dengan menggunakan kunci automatik dan fungsi face recognition.

5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia 5
5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia 13

Setiap township
yang dibina juga diwajibkan untuk mempunyai akses telekomunikasi bagi
memudahkan penghuni mendapat akses internet berkelajuan tinggi.

4. Transit Oriented Development

Konsep transit oriented development (TOD) adalah menjadikan satu bangunan atau premis sebagai pusat kepada pendidikan, pusat beli-belah, kediaman mahu pun pusat ibadat.

5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia 6
5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia 14

Kedengaran agak mustahil, tetapi konsep ini telah pun dilaksanakan oleh pemaju MKH Land menerusi Saville Cheras dan Mah Sing Group menerusi projek D’ Sara Sentral.

Konsep TOD ini tidak terbatas kepada bangunan high-rise sahaja tetapi turut melibatkan projek landed sungguhpun angkanya tidak banyak.

5. Sekuriti

Rata-rata pembeli unit kediaman township adalah golongan berpendapatan RM9,620 ke atas atau lebih dikenali sebagai T20 dalam kumpulan pendapatan isi rumah yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia.

Golongan ini
mahukan sebuah kediaman dan komuniti yang selamat dan di sini pentingnya konsep
Guarded and Gated (GAG).

5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia 7
5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia 15

Konsep GAG menjadi
popular seawal tahun 2008 dan menjadi suatu fenomena dalam industri perumahan
negara.

Perkembangan trend ini berlaku khususnya di kawasan Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor Bahru; jelas membuktikan bahawa sambutan penduduk kepada pembangunan skim ini semakin meningkat, malah telah menjadi trend dalam pemilikan hartanah kediaman.

Baca : 5 Fakta Industri Hartanah Anda Wajib Tahu Bagi Tahun 2020

Natijahnya,
keselesaan tetap menjadi keutamaan dalam pembentukan sebuah tonwship. Jarak dan
lokasi kini bukan lagi isu utama dengan perkembangan perkhidmatan e-hailing dan
kemajuan pengangkutan awam khususnya di Lembah Klang.

Semoga pemaju hartanah tidak meminggirkan golongan B40 dan M40 dengan membina township mampu milik dan bukan kediaman high-rise sahaja.

Sumber Rujukan:

5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia 8
5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia 9

5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia 2

Source link

Show us your support

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?