Artikel Terkini

5,000 penjawat awam Melaka terima peruntukan khas RM10 juta

5,000 penjawat awam Melaka terima peruntukan khas RM10 juta
5,000 penjawat awam Melaka terima peruntukan khas RM10 juta 1

MELAKA – Seramai 5,000 kakitangan awam negeri ini akan menerima peruntukan bantuan khas berjumlah RM10 juta yang diberikan secara berperingkat bermula bulan ini sehingga April tahun hadapan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, bayaran pertama bantuan khas sebanyak RM700 akan disalurkan pada bulan ini.

“Sebagai menghargai peranan 5,000 penjawat awam negeri yang banyak membantu menaikkan imej Melaka, kerajaaan negeri akan mengagihkan bantuan kewangan dengan implikasi hampir RM10 juta.

“Bayaran bantuan pertama adalah sebanyak RM700 yang akan diagihkan pada bulan in dan keduanya, mereka akan menerima bayaran setengah bulan gaji yang mana dibuat sebanyak dua kali iaitu pada Februari dan April tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membentangkan Bajet Melaka 2023 pada pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di Seri Negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, bantuan itu juga diharap dapat membantu meringankan beban penjawat awam dalam menanggung perbelanjaan bagi permulaan persekolahan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.-KOSMO! ONLINE


5,000 penjawat awam Melaka terima peruntukan khas RM10 juta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo