Berita

6 cadangan tangani kelemahan kawal selia halal

6 cadangan tangani kelemahan kawal selia halal 2

Kuala Lumpur: Pemuda Umno mencadangkan enam tindakan segera untuk dilakukan kerajaan terhadap status halal dan kebersihan daging import halal yang berada di pasaran.

Kebimbangan dan keraguan orang ramai terhadap status halal dan kebersihan daging import halal yang berada di pasaran dengan pelbagai berita sensasi termasuklah campur aduk antara daging halal dan haram mesti ditangani segera oleh pihak kerajaan.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pendedahan media mengenai wujudnya kartel yang menjalankan aktiviti haram selama 40 tahun membabitkan penyeludupan daging murah dari negara yang persijilan halalnya tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mahupun Jabatan Agama Islam Negeri sememangnya mencetus kegusaran umat Islam di negara ini.

Menurutnya, isu seperti ini bukan kali pertama malah berulang kali timbul hingga menyerlahkan kekangan dan kelemahan ketara dalam isu penguatkuasaan dan kawal selia industri halal di negara ini.

“Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa kuasa pensijilan halal dan penguatkuasaan halal terletak di bawah bidang kuasa agensi yang berbeza.

“Kuasa pensijilan halal ketika ini terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, sedangkan penguatkuasaan pula di bawah pelbagai agensi termasuklah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata, dalam isu mengawal selia urusan import bekalan daging ke Malaysia pula bukan hanya terletak di bawah kuasa mutlak JAKIM, malah pelbagai agensi lain yang membabitkan beberapa peringkat termasuklah Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (DVS), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), JKDM serta polis di pelabuhan.

“Bagi menangani isu ini secara bersepadu, Pemuda Umno mencadangkan enam tindakan segera untuk dilakukan kerajaan.

“Pertama, mengisytiharkan dan mendedahkan nama syarikat yang sedang disiasat dan disyaki terbabit dengan penipuan sijil dan percampuran daging halal haram.

“Mengambil tindakan serta-merta dengan menarik semula bekalan daging yang memasuki pasaran dalam tempoh dua minggu ini oleh syarikat terbabit membabitkan semua peruncit dan pengedar bagi mengelakkan ia dijual kepada rakyat dan pengusaha makanan,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata, seterusnya menubuhkan pasukan membabitkan pelbagai agensi penguatkuasaan dalam industri halal bagi mengenalpasti dalang sindiket kartel yang bertanggungjawab dan tindakan tegas diambil tanpa kompromi.

“Menilai kembali kapasiti kakitangan persijilan halal yang jelas tidak selari dengan bebanan dan keluasan cakupan tugas pengawasan sijil halal dalam Malaysia dan di luar negara.

“Melakukan penambahan segera kakitangan pengawal seliaan halal di JAKIM dan di Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri yang mampu menampung keperluan mendesak bukan sahaja aspek persijilan Halal Malaysia bahkan pemantauan dan penguatkuasaan,” katanya.

Katanya, memperkasakan kembali Majlis Halal Malaysia yang diperkenalkan di zaman Kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membangunkan industri halal secara komprehensif dan bersepadu yang membabitkan sekurang-kurangnya 300 institusi baik agensi Kerajaan Persekutuan, negeri hinggalah kepada swasta yang secara langsung terbabit dalam aspek kawal selia, pensijilan, penguatkuasaan dan pembangunan industri Halal Negara.

“Bagi Pemuda UMNO, keenam-enam cadangan di atas wajar diambil tindakan segera oleh kerajaan bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan logo Halal Malaysia yang diiktiraf seantero dunia tidak terjejas dan mampu dipertahankan,” katanya.

6 cadangan tangani kelemahan kawal selia halal 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo