Artikel Terkini

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini
6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 1

Dalam kita sedang ghairah mendeko kediaman, pasti akan ada ruangan yang dipandang sepi malahan lebih buruk lagi dilupakan dan dibiarkan kosong. Dinding utama sudah penuh, dinding dapur juga sudah dihiasi dengan pelbagai aksesori tambahan.

Tahukah anda sudut yang ada di dalam rumah jika dihias serta ditambah baik maka ia akan menjadi sudut yang berfungsi lebih baik buat penghuni seisi rumah.

Jika sebelum ini kebanyakan daripada kita akan memfokuskan hiasan hanya pada dinding, apa kata tukar stereotaip tersebut dengan melakukan sesuatu kepada sudut yang diabaikan sebelum ini.

  1. Sudut laci storan di dapur

Ruangan ini tidak sepatutnya dilupakan, jika anda tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin, ianya merupakan satu pembaziran. Jika kabinet anda mempunyai lebihan ruangan, adalah molek untuk menjadikannya sebagai laci tambahan, tetapi anda perlu ukur dan rancang dengan teliti sebelum memasangnya ke atas kabinet dapur anda. Di sini anda boleh menyimpan pelbagai perkakas dapur dan sebagainya.

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 2

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 4

2. Rak sudut dinding

Jarang untuk kita lihat idea sebegini dizahirkan di Malaysia. Tetapi memang hebat kalau direalisasikan. Bayangkan ruangan bucu dinding anda yang kosong itu dihias molek dengan piala kemenangan, pasu bunga kecil, figura aksi (jika anda peminatnya) dan pelbagai lagi boleh diisi di dalam rak sudut dinding.

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 6

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 8

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 10

3. Sudut sofa

Sofa tidak semestinya hanya disandarkan ke atas dinding utama atau rata. Ianya juga boleh disesuaikan mengikut kreativiti anda dengan meletakkannya di bahagian bucu dinding (L- SHAPE SOFA) dan serikannya dengan aksesori tambahan seperti bingkai gambar, lampu chandeliar kecil dan sebagainya.

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 12

 

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 14

4. Rak buku

Sudut kediaman anda jangan sesekali dibiarkan sendu tanpa hiasan yang bersesuaian. Antaranya, anda boleh padankan ianya dengan rak buku sama ada dipasang secara skru ataupun ditanam dalam dinding. Dah siap nanti, boleh la acah-acah mini library di rumah.

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 16

 

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 18

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 20

5. Bunga dan tanaman dalam rumah

Sudut atau bucu rumah anda boleh juga dihiasi dengan indoor plant tetapi pastikan ianya diletakkan dalam pasu kecil dan daunnya harus dijaga agar tidak nampak semak di kemudian hari. Antara indoor plant yang boleh diletakkan adalah seperti pokok jade, pokok naga, mini kaktus dan pelbagai lagi jenis pokok hiasan yang boleh hidup dengan cahaya yang minimum.

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 22

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 24

 

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 26

6. Akuarium di bucu kediaman

Akuarium juga menerima nasib yang sama seperti sofa, kena letak di tengah alam. Elakkan dari meneruskan tradisi lapuk ini. Cuba anda posisikan akuarium tersebut di sudut sebelah dinding utama kediaman anda pasti terpegun dengan hasilnya nanti.

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 28

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 30

6 Tip sudah dikongsi, sudah tiba masanya untuk anda menaiktaraf sudut dinding di rumah anda agar ianya nampak lebih hebat dan mampu mengubah sudut pandang tetamu serta penghuni di kediaman anda.

 

6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo